Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286!

Khairil · Jun 4, 2021 09:00 AM

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 01

Tahun lalu, Yamaha Motor Eropah melancarkan jentera replika Petronas Yamaha SRT YZF-R1 MotoGP dan ia dikhabarkan 'laku keras'.

Baru-baru ini, hasil kerjasama pasukan MotoGP itu dengan syarikat berpangkalan di Itali, Ohvale, mereka menghasilkan jentera replika MiniGP PETRONAS SRT OHVALE Special Series MiniGP 2021 yang juga datang dengan unit terhad sebanyak 46 unit.

Juga baca: Rossi buat PETRONAS Yamaha SRT tambah teruja - Morbidelli

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 01

Dicipta untuk mampu beraksi di atas litar, jentera Petronas SRT Ohvale Special Series MiniGP ini menggunakan asas jentera model Ohvale 160 cc GP-0 namun diberikan beberapa naik taraf penting serta kelengkapan tambahan.

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 02

Sebagai info, jentera Ohvale GP-0 adalah motosikal yang sama yang dipilih oleh pengelola perlumbaan MotoGP, Dorna dan FIM bagi Kejuaraan Siri Dunia FIM MiniGP.

Juga baca: Petronas Yamaha SRT tayang jentera 2021. Valentino Rossi, Franco Morbidelli sarung seragam pasukan!

Selain menggunakan 'livery' Petronas Yamaha SRT, pelbagai naik taraf diberikan terhadap versi istimewa ini antaranya dengan penggunaan casis istimewa yang membolehkan ia ditunggang penunggang yang bertubuh tinggi.

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 03

Ia juga dilengkapi fork depan Mupo dan suspensi belakang Ohlins yang boleh dilaras sepenuhnya, winglet dengan livery Petronas Yamaha SRT, karburetor Dell’Orto dan sistem ekzos Arrow.

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 04

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 05

Selain jentera itu sendiri, setiap pembeli juga akan mendapat pakej ekslusif iaitu pemanas tayar berjenama, 'race carpet' dan penutup motosikal. Pilihan alat ganti dengan pelbagai 'sproket' dan 'pinion' di yang dicipta khas juga dibekalkan.

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 06

Untuk kesemua 46 unit yang dibina, ia akan mempunyai nombor siri yang ditempa pada 'Top Bridge' motosikal berkenaan.

Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286! 07

Untuk persoalan mengenai harganya, ia dijual pada tanda € 9,600 (RM 48,286) dan jentera berkenaan sudah boleh mula ditempah dengan penghantarannya dijangka akan bermula pada September ini. Ada yang berminat?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru