window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli

Mersita · Jun 5, 2021 04:00 PM

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 01

Zaman sekarang, memang senang kalau nak beli alat ganti. Tekan-tekan, sampai depan pintu rumah. Membeli barangan secara atas-talian banyak kelebihannya kerana kita terus dapat akses kepada pelbagai pilihan dan ia boleh dibanding-bandingkan dengan mudah.

Namun, kemudahan teknologi juga tidak kurang dengan muslihatnya. Ramai ‘seller’ di platform jualan atas-talian yang penipu dengan memasarkan barangan mereka sebagai ‘original’ namun hakikatnya ia barang celup. Logo pelbagai jenama juga ditiru sebaik boleh dan bungkusannya juga nampak asli walaupun ia auta semata-mata.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 02

Bila dah malas nak beli ‘online’, balik-balik ke sini juga tujunya. Gambar

Acik saya pun tahu yang alat ganti palsu/celup bahaya jika digunakan. Apatah lagi anda yang cerdik pandai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelbagai alat ganti kereta tiruan yang boleh ditemui di pasaran; antaranya ialah palam pencucuh (spark plug), lapik brek (brake pad), penapis minyak (oil filter), dan geganti (relay).

Persoalannya sekarang, bagaimanakah caranya untuk kita membezakan alat ganti kenderaan tiruan/palsu dengan yang asli? Alat ganti tiruan nampak cukup meyakinkan, sampaikan peminat tegar kereta pun susah untuk bezakan sekali pandang.

Harga terlampau murah

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 01

Salah satu kriteria paling ketara bagi barangan tiruan ialah harganya yang terlalu murah. Ingat, jika harga yang ditawarkan tak masuk akal, amat besar kemungkinannya yang ia adalah barang tiruan. Secara amnya, jika di dalam senarai barangan yang sama jenis, kod atau model tiba-tiba ada yang jauh sangat murahnya dari yang lain, boleh jadi ia tak ori.

‘Seller’ penipu begini selalunya curi gambar orang lain untuk pasarkan produk mereka. Hati-hati, indah khabar dari rupa.

Bungkusan pun tiruan, ada caranya untuk mengesan

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 02

Satu yang asli, satu lagi tiruan. Boleh bezakan atau tidak? Gambar: FE Car Services

Malangnya, agak sukar bagi kita untuk mengesan barang tiruan dengan hanya melihat gambarnya. Banyak platform beli-belah atas-talian yang menjamin urus-niaga telus antara pembeli dan penjual.

Anda boleh pesan terlebih dahulu alat ganti yang hendak dibeli dan periksa sama ada ia asli atau tidak setelah ia tiba ke pangkuan anda nanti. Jika kantoi sebagai alat ganti tiruan, anda patut berunding dan uruskan proses pemulangan semula.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 03

Perbezaan dari segi kualiti pelekat holografik amat ketara. Gambar: The Car Care Nut

Perkara pertama yang perlu dicari dan diteliti pada bungkusannya ialah pelekat/stiker holografik kerana ia aspek yang paling sukat untuk ditiru.

Barangan asli mempunyai pelekat holografik dengan efek 3D yang cantik; berbeza dengan pelekat holografik yang ditiru pada bungkusan barang tiruan. Pelekat tiruan selalunya berwarna kusam dan tidak sempurna lapisan 3D-nya.

Oleh itu, perhatikanlah pelekat holografiknya dengan teliti kerana bungkusan barang tiruan kadangkala lebih cantik daripada yang asli.

Contohnya, lihat ‘belt’ asli daripada Toyota/Lexus di bawah. Yang asli dikemaskan hanyalah dengan ‘zip-tie’, namun yang tiruan siap ada kertas pembalut. Jaga-jaga!

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 04

Kadangkala alat ganti tiruan mempunyai bungkusan lebih menarik daripada alat ganti asli. Periksa dulu dengan pengeluar kereta anda. Gambar: Silver Cymbal

Contoh seterusnya, cuba bandingkan penapis udara kabin ini, juga keluaran Toyota. Penapis udara tiruan didatangkan dengan beg plastik, kononnya nak kata ia yang ori. Walhal, penapis udara kabin yang asli dibungkus terus ke dalam kotaknya tanpa sebarang beg plastik.

Kami faham, mungkin anda semakin runsing. Bagi kes sebegini, anda perlu periksa sendiri kondisi alat ganti yang dibeli.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 05

Penapis udara kabin yang palsu mempunyai bungkusan lebih cantik. Buat pemeriksaan kendiri untuk kesan kekurangan alat ganti palsu. Gambar: The Car Care Nut

Jika ‘seller’ penipu berkenaan tidak berhati-hati, anda mungkin perasan pelekat “Made in China” berbeza dengan tulisan “Made in Japan” atau “Made in Thailand” pada kotaknya.

Bab luaran dah ‘settle’ ya? Seterusnya, jom kita perhatikan alat gantinya pula.

1. Palam pencucuh (Spark plug)

Palam pencucuh tiruan mempunyai satu klu yang sangat ketara - elektrod atau hujung yang besar di tengah-tengah.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 06

Palsu di kiri, asli di kanan. Lihat perbezaan dari segi saiz ‘tip’ atau elektrod tengahnya. Gambar: Denso Australia

Palam pencucuh yang asli mempunyai elektrod tengah yang nipis. Dalam kes ini yang melibatkan model berjenama Denso, elektrod tengah pada palam pencucuh asli ini mempunyai diameter 0.4 mm. Model tiruan pula mempunyai elektrod tengah berdiameter 0.9 mm.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 07

Selain dari itu, ada lagi klu-klu lain untuk membezakan palam pencucuh tulen dengan tiruan seperti yang dinyatakan oleh beberapa pengilang palam pencucuh – antaranya kualiti kemasan, cetakan, serta bebenang.

2. Penapis minyak (Oil filter)

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 08

Agak sukar untuk membandingkan penapis minyak yang asli dengan yang tiruan. Gambar: LoyalParts

Penapis minyak tiruan boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk pada kereta anda. Bagaimana caranya untuk mengenalpasti penapis minyak tiruan? Cari pelekat holografik jika ada. Ingat, alat ganti asli mempunyai pelekat holografik yang berkualiti tinggi dan berkilat cantik. Pelekat holografik pada alat ganti tiruan pula berkualiti rendah dan kusam warnanya.

Selain dari itu, anda juga boleh cari kesalahan ejaan pada kotak atau badan alat ganti itu sendiri. Jika anda perhatikan penapis minyak tiruan berjenama Perodua ini, perkataan “Minyak” dieja “Minyaki”. Hati-hati, ya.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 09

“Macam mana eja ‘minyak’?” Gambar: unkertech

Bentuk penapis minyak berkenaan juga menunjukkan keasliannya. Anda perlu bandingkannya dengan contoh yang asli untuk melihat perbezaan/persamaannya. Perkara-perkara kecil seperti kualiti lekuk dan alurnya kadangkala terlepas pandang oleh pengilang alat ganti tiruan.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 10

Hasilnya setelah mengalirkan ‘minyak kotor’ melalui penapis minyak asli (kiri) dan penapis minyak tiruan (kanan)

Bagaimana pula dengan minyak enjin? Anda perlukan ujian makmal bagi memastikan keaslian sebenar minyak enjin, namun banyak pengilang minyak enjin yang sudahpun menyediakan kod imbas QR bagi membantu anda memastikan keaslian minyak enjin mereka.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 11

Kod imbas QR adalah salah satu cara untuk mengatasi sindiket alat ganti tiruan

Baca juga: “Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

3. Brake pad

Bab sistem brek kereta memang tak boleh dibuat main-main. Penggunaan ‘brake pad’ palsu boleh mengundang bahaya kerana prestasi breknya tidak begitu efektif dan dalam keadaan tertentu, ia juga boleh menyebabkan kebakaran. Anda dah tahu betapa bahayanya, bagaimana pula cara untuk mengesan ‘brake pad’ palsu vs. ori?

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 12

Apa perbezaan tiruan dan asli?

Anda takkan dapat memeriksa ‘brake pad’ pada tahap mikroskopik bagi memeriksa ia tulen atau tidak. Perkara yang anda boleh lakukan ialah perhatikan kualiti ‘stamping’-nya. Ini ialah klu paling biasa walau untuk alat-ganti seperti piston.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 13

Anda takkan dapat melihatnya dengan mata kasar

Periksa bahagian-bahagian yang lebih terlindung dan lihat kualiti ‘stamping’ (jika ada).

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 14

Perhatikan perbezaan dari segi kualiti ‘stamping’. Gambar: PakWheels

Jika anda seseorang yang lebih ‘hands-on’, cuba perhatikan kedudukan brake pad di dalam kaliper. Alat ganti asli akan muat cantik di dalamnya, manakala alat ganti tiruan tidak muat dengan sempurna.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 15

Alat ganti tiruan selalunya tidak ‘ngam’

Beberapa pengilang ‘brake pad’ mempunyai kad keaslian juga – selalunya untuk alat ganti berjenama mahal.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 16

Beberapa alat ganti didatangkan dengan kad pengesahan keaslian

Kesimpulan

Ada beberapa cara dan kaedah yang anda boleh gunakan bagi memeriksa samada alat ganti yang dibeli adalah produk tulen atau tidak. Mungkin dalam entri di masa akan datang, kami akan senaraikan lebih banyak alat ganti yang boleh dijadikan contoh.

Pastikan ori! Ini cara untuk kesan perbezaan alat ganti tiruan dengan yang asli 17

Secara amnya, perhatikan jika ada kesilapan pada bungkusan, pelekat holografik, serta kualiti alat ganti tersebut. Rajin-rajinkan diri periksa laman sesawang rasmi alat ganti berkenaan jika ada cara untuk mengesahkan keasliannya.

Kalau nak senang, beli saja alat ganti asli dari stokis dan pusat-pusat servis yang sah. Beli ‘online’ memang senang, tapi risiko untuk tertipu pastinya lebih tinggi. Hati-hati!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda