window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu kereta dilanggar trak pikap berisiko ‘412 kali' lebih tinggi untuk maut, cedera parah

Mersita · Feb 28, 2022 07:00 PM

Pemandu kereta dilanggar trak pikap berisiko ‘412 kali' lebih tinggi untuk maut, cedera parah 01

Trend pembelian kereta semakin lama semakin besar seleranya, dimana kereta bersaiz lebih besar seperti SUV dan trak pikap atau 4x4 semakin diminati ramai masa kini. Pembeli trak pikap bukannya terhad kepada pengusaha bisnes sedia ada atau petani saja, ramai juga yang membuat pembelian semata-mata kerana minat.

Apa pula risikonya apabila kereta bersaiz besar terlibat dalam kemalangan di jalan raya? Merujuk kepada muatnaik di FB Public Health Malaysia, hasil analisa daripada 1 juta rempuhan kenderaan oleh Pusat Penyelidikan Kemalangan Universiti Monash mendedahkan seorang pemandu kereta kecil yang dilanggar oleh 4x4 adalah '412 kali' lebih berkemungkinan maut atau cedera parah. Analisa ini meliputi kemalangan di Australia antara 1987 dan 2000 berdasarkan laporan polis.

Pemandu kereta dilanggar trak pikap berisiko ‘412 kali' lebih tinggi untuk maut, cedera parah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, kenderaan jenis ini mempunyai kemungkinan ‘kira-kira 40 peratus lebih tinggi’ untuk membunuh atau mencederakan pemandu secara serius dalam kemalangan dengan kenderaan lain. Kajian itu juga mengatakan disebabkan pusat graviti trak pikap yang lebih tinggi, ia ‘tiga kali ganda lebih berkemungkinan berguling’ jika dibandingkan dengan ‘sedan penumpang bersaiz besar’.

Baca juga: Sesuaikah tabiat memandu orang Malaysia untuk pandu SUV?

Angka-angka ini menggambarkan dengan lebih jelas lagi risiko dihadapi pengguna jalan raya lain jika terlibat kemalangan dengan trak pikap. Pada pagi semalam (Ahad), sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah MPV Hyundai Starex yang dinaiki empat orang mangsa.

Pemandu kereta dilanggar trak pikap berisiko ‘412 kali' lebih tinggi untuk maut, cedera parah 01

Malangnya, keempat-empat mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu Hilux berkenaan hanya mengalami cedera ringan. Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur.

Baca juga: Rakyat Malaysia terkandas, trak pikap 4x4 jadi keperluan penting di Sarawak dan Sabah

Semua pengguna jalan raya, tanpa mengira jenis kenderaan yang dinaiki, mempunyai kewajipan untuk memandu dengan cermat dan memastikan dirinya berkemampuan dari segi fizikal serta mental untuk memandu. Ternyata, semakin besar kenderaan yang dipandu, semakin besarlah tanggungjawab untuk memastikan anda tidak membahayakan pengguna lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda