window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang

Mersita · Aug 10, 2021 08:00 PM

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 01

Sepanjang pemilikan kereta di Malaysia, ada satu perkara yang sering membelenggu fikiran iaitu sistem percukaian kereta di negara kita.

Sistem cukai kereta kereta kita sejak dari dulu lagi bergantung kepada kapasiti enjin – bukannya janaan kuasa, pelepasan gas rumah hijau, atau mana-mana faktor lain. Secara jujurnya, ia kaedah yang sudah lapuk dan agak kebelakang.

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perkara ini menjadi semakin rumit apabila cukai jalan untuk kereta elektrik diasingkan dalam kategorinya yang tersendiri.

Ini mengundang persoalan tentang betapa kebelakangkah sistem cukai jalan yang dipraktikkan di Malaysia? Kami akan cuba kupas satu persatu.

Rasionalnya agak tak masuk akal

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 01

Di Semenanjung Malaysia, perbezaan antara fi cukai jalan bagi kereta saloon dan SUV agak mengelirukan.

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 02

Dalam lingkungan harga lebih rendah, anda perlu membayar cukai jalan tahunan sebanyak RM 280 untuk sebuah Toyota Corolla Altis dengan enjin 1.8 liter. Sebaliknya, Honda HR-V yang juga dikuasakan oleh enjin 1.8 liter memakan kos RM 360 untuk cukai jalan tahunannya.

Kiraan kadar cukai jalan untuk kereta persendirian di Semenanjung Malaysia
Anjakan Enjin (cc) Kadar Asas Kadar perkembangan (per cc) Jumlah cukai jalan
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 55 - RM 55
1,201-1,400 RM 70 - RM 70
1,401-1,600 RM 90 - RM 90
1,601-1,800 RM 200 RM 0.40 RM 200-280
1,801-2,000 RM 280 RM 0.50 RM 280-380
2,001-2,500 RM 380 RM 1.00 RM 381-880
2,501-3,000 RM 880 RM 2.50 RM 882-2,130
>3,000 RM 2,130 RM 4.00 RM 2,134+

Dalam lingkungan harga lebih tinggi pula, mari kita bandingkan sebuah Rolls Royce Phantom dan saudaranya iaitu SUV Rolls Royce Cullinan. Kedua-dua kereta ini dipadatkan dengan enjin V12 twin turbo 6.75 liter yang sama. Bagi Phantom, cukai jalan tahunannya ialah RM 19,005. Bagi Cullinan pula? Hanya RM 7,640.

Pelik bin ajaib, tak gitu?

Kiraan cukai jalan untuk SUV/MPV/Pick-up di Semenanjung Malaysia
Anjakan Enjin (cc) Kadar Asas Kadar perkembangan (per cc) Jumlah cukai jalan
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 85 - RM 85
1,201-1,400 RM 100 - RM 100
1,401-1,600 RM 120 - RM 120
1,601-1,800 RM 300 RM 0.30 RM 300-360
1,801-2,000 RM 360 RM 0.40 RM 361-440
2,001-2,500 RM 440 RM 0.80 RM 441-840
2,501-3,000 RM 840 RM 1.60 RM 841-1,650
>3,000 RM 1,640 RM 1.60 RM 1,641+

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 03

Rolls Royce Phantom

Secara amnya, apa yang terjadi di sini ialah golongan ‘kayangan’ atau berada diberi ‘ganjaran’ dengan cukai jalan yang lebih rendah (jika dibandingkan dengan Phantom) apabiila mereka membeli sebuah Cullinan. Tapi sebaliknya, golongan lebih marhaen pula ‘didenda’ kerana terpaksa membayar cukai jalan lebih tinggi untuk sebuah Honda HR-V (berbanding sebuah Corolla Altis).

Ya, kami faham; kalau mampu beli Rolls Royce, takkan cukai jalan RM 19,005 pun tak boleh bayar? Namun, apabila ditolak ke tepi tahap kemampuan masing-masing, kenapa perlu ada jurang sehingga RM 11,365 antara cukai jalan Phantom dan Cullinan? Duit tetap duit, kalau saya dan anda kaya sekalipun mesti tertanya-tanya, bukan?

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 04

Rolls Royce Cullinan

Pendek kata, sistem percukaian sebegini memberi ganjaran kepada golongan yang membeli SUV besar dengan enjin besar tapi mendenda pembeli SUV biasa. Orang kaya pula nak dibantu jimat duit?

Sedang kita bercakap tentang orang kaya, ada satu lagi fakta yang boleh timbang: Anda terpaksa bayar cukai jalan lebih tinggi untuk Toyota Supra A90 (enjin 3.0 liter – RM 2,130) berbanding Porsche 718 Cayman S (enjin 2.5 liter – RM 880).

Ya, ini boleh dikatakan kereta yang dibeli dikalangan peminat-peminat tegar kereta saja kebanyakannya. Kami hanya pelik dan hairan mengapa kereta sport dengan tanda harga lebih tinggi untuk unit baru (Porsche harganya RM 660 ribu) akhirnya membayar cukai jalan lebih rendah berbanding Toyota berharga RM 600 ribu.

Baca juga: 5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

Lebih rendah di Sabah & Sarawak, tapi sama juga kekeliruannya

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 05

Cukai jalan RM 199 di Sabah & Sarawak, berbanding RM 360 di Semenanjung Malaysia. Mengapa?

Jom kita buat perbandingan sama di negeri seberang pula. Di Sabah dan Sarawak, cukai jalan bagi sebuah Toyota Corolla Altis 1.8 ialah RM 224. Tapi bagaimana pula untuk sebuah Honda HR-V dengan saiz enjin yang sama? Kadarnya lebih rendah iaitu RM 199.

Kiraan cukai jalan untuk kereta persendirian di Sabah & Sarawak
Anjakan Enjin (cc) Kadar Asas Kadar perkembangan (per cc) Jumlah cukai jalan
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 44 - RM 44
1,201-1,400 RM 56 - RM 56
1,401-1,600 RM 72 - RM 72
1,601-1,800 RM 160 RM 0.32 RM 160-224
1,801-2,000 RM 224 RM 0.25 RM 224-274
2,001-2,500 RM 274 RM 0.50 RM 274-524
2,501-3,000 RM 524 RM 1.00 RM 525-1,024
>3,000 RM 1,024 RM 1.35 RM 1,025+

Rasional disebalik hal ini ialah bergantung kepada bentuk muka bumi di Sabah dan Sarawak dimana SUV dan kenderaan tinggi lebih digemari. Tapi, ini bukanlah sebab mengapa warga Semenanjung Malaysia perlu membayar cukai jalan lebih tinggi untuk SUV pada tahap harga rendah, ya?

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 06

RM 5,403 di Sabah & Sarawak masih lebih murah berbanding RM 7,640 di Semenanjung Malaysia

Bagaimana pula dengan kereta mewah di Sabah dan Sarawak? Jika kita gunakan perbandingan antara Rolls Royce Phantom dan Cullinan lagi sekali, cukai jalan bagi kedua-dua kereta ini ialah RM 6,086 dan RM 5,403 masing-masing.

Oleh itu, kaedah yang sama dimana kadar cukai jalan untuk SUV lebih rendah bagi kereta mewah masih sama, walaupun dengan jurang perbezaan yang lebih kecil.

Kiraan cukai jalan untuk SUV/MPV/Pick-up di Sabah & Sarawak
Anjakan Enjin (cc) Kadar Asas Kadar perkembangan (per cc) Jumlah cukai jalan
<1,001 RM 20 - RM 20
1,001-1,200 RM 42.50 - RM 42.50
1,201-1,400 RM 50 - RM 50
1,401-1,600 RM 60 - RM 60
1,601-1,800 RM 165 RM 0.17 RM 165-199
1,801-2,000 RM 199 RM 0.22 RM 199-243
2,001-2,500 RM 243 RM 0.44 RM 243-463
2,501-3,000 RM 463 RM 0.88 RM 464-903
>3,000 RM 903 RM 1.20 RM 904+

Perbezaannya ialah pembeli SUV biasa di Sabah dan Sarawak tidak ‘didenda’ seteruk para pembeli di Semenanjung Malaysia. Kan kami dah kata, sistem cukai jalan kita bukan saja penuh dengan misteri, namun ia juga jauh kebelakang.

Bagaimana pula dengan kereta elektrik?

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 07

Seperti yang kami nyatakan tadi, sistem cukai jalan di Malaysia adalah bergantung kepada kapasiti enjin. Tapi, apa pula ceritanya dengan kereta elektrik (EV)? EV tidak boleh dikenakan cukai berdasarkan kapasiti enjin kerana secara teknikalnya, ia tidak mempunyai enjin.

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 08

Bagi menjawab persoalan ini, EV dikenakan cukai berdasarkan janaan kuasa atau ‘output’ motor elektriknya. Unit yang digunakan untuk kuasa motor elektrik ialah kilowatt (kW). Jom kita kupas bagaimana cukai jalan untuk EV dikira di Malaysia pula.

Kiraan cukai jalan untuk kereta elektrik (EV) di Malaysia
Output
(kW)
Kadar Asas Kadar perkembangan
(per 0.05 kW)
Jumlah cukai jalan
50
& below
RM 20 - RM 20
51 - 60 RM 44 - RM 44
61 - 70 RM 56 - RM 56
71 - 80 RM 72 - RM 72
81 - 90 RM 160 RM 0.32 RM 160 - 224
91 - 100 RM 224 RM 0.25 RM 224 - 274
101 - 125 RM 274 RM 0.50 RM 274 - 524
126 - 150 RM 524 RM 1.00 RM 524 - 1,204
150 dan keatas RM 1,024 RM 1.35 Berdasarkan kiraan

Dengan menggunakan model EV yang sedang dijual di pasaran Malaysia ketika ini, kiraan kos cukai jalannya adalah seperti di bawah.

Cukai jalan mengikut model kereta elektrik (EV) di Malaysia
Model Output
(kW)
Cukai Jalan
Nissan
Leaf
110 RM 374
MINI
Electric
135 RM 724
Porsche
Taycan 4S
390 RM 7,504
Porsche
Taycan 4S
Battery Plus
420 RM 8,314
Porsche
Taycan
Turbo
500 RM 10,474
Porsche
Taycan
Turbo S
560 RM 12,094

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 09

Kami berpendapat yang kiraan cukai jalan ini tampak lebih kehadapan berbanding kiraan kapasiti kubik enjin tradisional. Lebih berkuasa kereta anda (elektrik atau tidak), lebih banyak cukai jalan yang perlu dibayar; walaupun skala perkembangan bagi cukai jalan EV agak tidak seimbang buat masa ini.

Walaupun kita mahukan cukai jalan lebih setara, adil dan seimbang bagi bermacam jenis kenderaan, trend pemberian insentif bagi kenderaan elektrik sudah dipraktikkan secara meluas di negara-negara berfikiran moden serata dunia bagi mendorong usaha pemulihan alam sekitar. Dengan sistem sedia ada yang sudah agak kebelakang, adakah kita masih tidak berkemahuan untuk maju ke hadapan?

Baca juga: Adakah cukai jalan di Malaysia lebih rendah untuk kereta elektrik?

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 10

Cadangan kami ialah gunakan cukai jalan berdasarkan janaan/’output’ ini bagi semua jenis trenkuasa, tapi beri insentif kepada pembeli EV dengan tariff elektrik, harga pembelian, dan cukai lebih rendah. Dengan ini, lebih ramai pembeli boleh menikmati galakan serta dorongan untuk menggunakan kenderaan elektrik.

Apa-apa pun, pengumuman bagi insentif dan polisi EV akan diumumkan tak lama lagi. Samada pengumuman ini akan merangkumi sistem cukai jalan atau tidak, kita harus tunggu saja pengumumannya nanti.

Kesimpulan

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 11

Apalah saja RM 19,005 jika anda mampu beli Rolls Royce Phantom?

Seperti yang dijangka, hampir tiada kesinambungan dalam cara cukai jalan dikira di Malaysia – tak kisahlah bagi kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman biasa mahupun motor elektrik. Nampak gayanya Malaysia masih selesa berada di ‘dalam gua’ dan masih belum dapat berinovasi atau bergerak ke hadapan dalam aspek ini.

Pembeli Honda HR-V rugi, pemilik RR Cullinan untung? Ini akibat kiraan cukai jalan Malaysia yang kebelakang 12

Daripada perlu membayar RM 19,005, mungkin RM 12,094 bunyinya lebih masuk akal?

Selagi sistem ini masih digunakan, yang kaya akan terus boleh menikmati SUV gergasi dengan enjin besar tanpa akibat yang ketara. Ada ‘lubang’ kan, kenapa mereka tak nak gunakan? Pada masa yang sama, golongan marhaen yang membeli SUV biasa tidak diberi penjimatan cukai jalan yang dipukul sama rata.

Oleh itu, secara keseluruhannya, inilah sebabnya mengapa kami katakan yang sistem cukai jalan di Malaysia masih lagi berfikiran kebelakang. Selain itu, jikalau anda pernah tertanya-tanya kemana perginya dana dikutip dari cukai jalan, ia bukannya masuk terus ke dalam tabung dana penjagaan serta penyelenggaraan jalan raya awam. Aneh, tapi benar.

Baca juga: Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda