window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Permintaan terhadap kereta mewah masih kukuh, EV tunjuk prospek yang cerah - Sime Darby

Haris ยท Feb 17, 2022 06:00 PM

Permintaan terhadap kereta mewah masih kukuh, EV tunjuk prospek yang cerah - Sime Darby 01

Sime Darby Bhd menjangka permintaan untuk kereta mewah kekal kukuh dalam pasaran walaupun dalam keadaan tidak menentu dalam persekitaran fasa endemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata permintaan itu disokong oleh golongan kelas menengah atas yang berkembang maju kerana mereka mempunyai lebihan pendapatan boleh guna dalam pasaran ia beroperasi.

"Mereka mempunyai wang untuk dibelanjakan bagi kereta mewah," katanya dalam taklimat media mengenai keputusan suku kedua kumpulan itu yang berakhir 31 Disember 2021 bagi tahun kewangan 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulan itu menghadapi masalah bekalan dalam sektor automotif seperti kekurangan cip kerana pengeluarnya di Jerman bergantung kepada cip dari Korea Selatan, Malaysia dan Taiwan untuk pembuatan kenderaan terbabit.

Permintaan terhadap kereta mewah masih kukuh, EV tunjuk prospek yang cerah - Sime Darby 01

"Selain itu, susulan daripada pemulihan yang kukuh dalam pelbagai industri di negara seperti Amerika Syarikat (AS), mereka mengimport alat ganti dalam jumlah yang banyak ke pasaran mereka. Ini bermakna terdapat kekurangan bekalan untuk seluruh dunia," kata Jeffri.

Menurutnya, keadaan itu hanya sementara sahaja kerana pemulihan akan berlaku walaupun ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan atau lebih.

"Walaupun berdepan kekangan, saya berpendapat Sime Darby dapat menjual kereta dalam jumlah yang mencukupi di pasaran," katanya.

Selain itu, beliau juga tidak melihat sebarang kesan pasif yang timbul daripada kenaikan kadar faedah di AS memandangkan nilai perolehan kontraknya kukuh dan permintaan tinggi dari beberapa negara termasuk China dan Malaysia.

Baca: Tahukah anda, Sime Darby Motors City adalah kompleks automotif terbesar ASEAN!

Permintaan terhadap kereta mewah masih kukuh, EV tunjuk prospek yang cerah - Sime Darby 02

Mengenai segmen kenderaan elektrik (EV), Jeffri berkata prospek untuk EV terus berada dalam kedudukan baik di Malaysia dan kumpulan itu akan mempertimbangkan untuk memiliki EV pemasangan tempatan (CKD) dan menjadi antara pengendali pengecasan EV pada masa hadapan apabila tiba masa yang sesuai untuk perniagaan kumpulan itu.

Mengulas mengenai kesan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi kenderaan baharu yang akan berakhir pada 30 Jun 2022, beliau berkata orang ramai ketika ini masih tergesa-gesa membeli kenderaan sebelum tarikh akhir itu.

Permintaan jangka pendek akan berlaku kira-kira dua hingga tiga bulan sebelum permintaan kembali stabil semula, katanya.

Pengecualian SST pertama kali diumumkan pada Jun 2020 dan ia dilanjutkan beberapa kali untuk meningkatkan permintaan dalam pasaran automotif tempatan. - Berita Harian

Baca: Sime Darby Motors mahu tingkatkan jumlah kereta elektrik (EV) Malaysia, kerjasama dengan TNB

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda