window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022

Mersita ยท Sep 30, 2022 07:00 PM

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 01

Prasarana merekodkan jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi dalam tahun 2022 pada bulan Ogos. Jumlah keseluruhan penumpang pada bulan lalu adalah 21,670,739, iaitu 56 peratus lebih tinggi berbanding jumlah yang direkodkan pada Januari 2022.

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 02

Sumber: Myrapid.com

Jumlah penumpang yang tinggi ini sedikit sebanyak disumbang oleh pembukaan MRT Laluan Putrajaya, dimana laluan baharu itu merekodkan 579,156 penumpang pada Ogos.

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun jumlah ini lebih rendah berbanding Julai dengan 688,844 penumpang, Prasarana masih mampu merekodkan jumlah pengguna tertinggi pada tahun ini setelah semakin ramai pengguna mula menggunakan perkhidmatan pengangkutannya yang pelbagai.

Pada Ogos, LRT Laluan Kelana Jaya merekodkan sebanyak 5,491,587 pengguna. Laluan KJ ini masih lagi dinobatkan sebagai perkhidmatan rel paling sibuk, walaupun berdepan pelbagai isu kerosakan dan kelewatan sejak kebelakangan ini.

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 01

Perkhidmatan rel kedua paling sibuk ialah MRT Laluan Kajang dengan rekod 4,513,422 pengguna, manakala LRT Laluan Ampang berada di kedudukan ketiga dengan 4,293,066 penumpang.

Bulan yang merekodkan jumlah penumpang paling sedikit adalah Februari โ€“ MRT Laluan Kajang membawa 2,000,682 penumpang manakala LRT Laluan Ampang membawa 2,171,266 penumpang.

Juga baca: Sanggup tak ada kereta jika ada cara mudah untuk pergi-balik stesen pengangkutan awam - Kajian

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 02

KL Monorel menyaksikan jumlah penumpang mendadak naik sepanjang tahun. Pada awal tahun, perkhidmatan monorel itu merekodkan hanya 576,678 penumpang dan jumlah ini menurun kepada 463,079 penumpang pada Februari. Sejak itu, jumlah penumpang semakin meningkat sehingga mencapai 1,059,131 penumpang pada Julai.

Jumlah keseluruhan penumpang juga disumbang oleh pengguna bas. Pada Ogos, bas Rapid KL membawa 4,632,950 penumpang โ€“ jumlah tertinggi tahun ini. Di samping itu, perkhidmatan bas di Pulau Pinang merekodkan 1,054,655 penumpang, dan di Kuantan 78,115 penumpang โ€“ juga jumlah penumpang paling tinggi tahun ini.

Prasarana pecah rekod jumlah penumpang pengangkutan awam tertinggi pada Ogos, naik 56% dari Januari 2022 03

Data bas ini juga termasuk penumpang Rapid KL Charter, LRT Feeder, MRT Feeder, dan BRT Sunway.

Jumlah pengguna pengangkutan awam dilihat semakin meningkat sejak negara beralih ke arah fasa endemik Covid-19 pada April 2022.

Juga baca: eMoovit dan Rapid Bus perkenal bas elektrik berautonomi, percubaan setahun di BRT Sunway

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda