window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc!

Khairil ยท Jun 4, 2021 04:00 PM

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc! 01

Gergasi pengeluar motosikal China, QJ Motor (Qianjiang) yang juga syarikat induk jenama Itali, Benelli, baru-baru ini melancarkan jentera 'naked' dikenali sebagai Chase 700.

Juga baca: Benelli 752S 2021 tiba di Malaysia, harga ditawarkan RM 37,888

Tidak seperti kebanyakan model lain dari jenama berkenaan yang menggunakan trenkuasa Benelli, enjin Chase 700 dibekalkan oleh satu lagi syarikat pengeluar motosikal China, CF Moto.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc! 01

Difahamkan, QJ Motor Chase 700 pada permulaan akan dijual di pasaran domestik China dan ia berkemungkinan akan melakukan debut di peringkat global menggunakan jenama Benelli.

Juga baca: CFMoto 700CL-X tiba di Malaysia tahun ini?

Menggunakan enjin yang sama dengan model CFMoto 700 CL-X, kuasa dan tork yang dihasilkan QJ Motor Chase 700 juga dijangka tidak banyak berbeza. Sebagai info, enjin yang digunakan CFMoto 700CL-X bersesaran 692 cc, Parallel-Twin menghasilkan 73 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc! 02

Selain reka bentuk yang menarik dan garang, ciri-ciri lain yang datang pada QJ Motor Chase 700 penggunaan fork jenis terbalik (USD) dan shock tunggal dari jenama KYB di bahagian belakang.

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc! 03

Sistem brek pula menggunakan brek cakera berkembar dengan saiz 320 mm di bahagian depan dan cakera tunggal 260 mm di bahagian belakang. Ia turut dipadankan dengan kaliper brek Brembo 4-Piston di bahagian depan.

QJ Motor lancar Chase 700, jentera 'Naked' streetfighter bersesaran 700 cc! 04

Ciri-ciri moden lain ialah penggunaan lampu LED penuh dan panel meter digital penuh LCD. Setakat ini, tiada sebarang pengumuman mengenai harga yang ditawarkan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda