window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ramai pemilik Mustang orang tua, Ford sedang cuba tarik orang muda untuk beli!

Haris ยท Dec 30, 2021 01:00 PM

Ramai pemilik Mustang orang tua, Ford sedang cuba tarik orang muda untuk beli! 01

Ford Mustang adalah antara taruhan utama Ford dalam membina jenama yang mampu menjadi legasi zaman berzaman. Namun, satu masalah nampaknya bakal menjadi batu penghalang terhadap impian tersebut dan perlu ditangani oleh barisan pengurusan Ford.

Menurut Jim Owen, Pengurus Pemasaran Ford Mustang, demografik pembeli Ford Mustang semakin berumur - dan ini adalah suatu masalah untuk Ford. Malah, Jim turut mengatakan bahawa mereka sedang sedaya upaya untuk menurunkan demografik umur pembeli Ford Mustang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Segmen ini telah menyusut selama bertahun-tahun," jelas Jim dalam satu temu bual bersama MC&T.

Ramai pemilik Mustang orang tua, Ford sedang cuba tarik orang muda untuk beli! 01

"Terdapat saiz pai (merujuk kepada pegangan pasaran) yang lebih kecil bagi golongan yang berminat dengan kereta sport. Jadi apabila pai itu mengecut, apa yang anda lakukan? Ia kini lebih berkisarkan pengalaman. Bawa pembeli prospek ke produk untuk memberikan mereka merasai apa kemampuan produk kami."

Ford Mustang masih mempunyai kelab peminat/pemilik muda. Misalnya, Mustang Millennial Club yang ditubuhkan oleh golongan muda yang lebih ‘skema’. Justeru, pendekatan terhadap golongan ini perlu lebih interaktif.

Hal ini berbeza dengan kelab pemilik Ford Mustang yang lebih ‘otai’. Antara yang terkenal adalah kelab Mustang Club of America.

Ramai pemilik Mustang orang tua, Ford sedang cuba tarik orang muda untuk beli! 02

Foto: Robb Report MY

"Kebanyakan (kelab Mustang) adalah jenis Show-and-Shine (Datang dan Tayang). Anda datang, parkir kereta, ‘tayang kereta’, masuk dalam kafe, melepak sambil minum kopi," sambung Jim Owen lagi.

 "Apa yang kami dapati dalam demografi yang lebih muda ialah ia harus menjadi sesuatu yang lebih berpengalaman. Mereka mahukan persaingan seperti autocross, time attack, ujian trek dan talaan (tune).”

Menariknya di Malaysia, golongan muda yang lebih berminat dengan Ford Mustang tetapi belum tentu memilikinya melalui saluran rasmi SDAC Ford Malaysia. Untuk pengetahuan anda, SDAC Ford Malaysia menawarkan 2 varian Ford Mustang - Mustang GT 5.0L (RM 598k) dan Mustang 2.3L Ecoboost (RM 488k). Malah, teknik Show-and-Shine (Datang dan Tayang) adalah modus operandi utama pemilik-pemilik Ford Mustang di Malaysia, tak kira muda atau tua.

Baca: JPJ iring konvoi Ford Mustang, netizen persoal kenapa JPJ tak saman modifikasi melampau

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Ford Mustang 2.3 EcoBoost

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda