window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier!

Khairil ยท May 31, 2021 07:00 PM

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 01

Selepas mengutip mata sulungnya musim ini di Perancis, prestasi yang ditampilkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus meningkat dan terbaharu menamatkan aksi di GP Itali di tangga kesembilan.

Juga baca: Satu mata ubati kekecewaan Hafizh Syahrin di Le Mans

Keputusan di Litar Mugello, semalam itu sekaligus keputusan terbaik diraih Hafizh pada musim ini bersama jentera NTS yang disifatkan masih belum tampil dengan prestasi terbaik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 01

Malah, pelumba kelahiran Ampang itu berpeluang untuk menduduki tangga kelapan sebelum dipintas saat akhir oleh pelumba American Racing, Cameron Beaubier di garisan penamat.

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 02

"Syukur Alhamdulilah. Tempat yang kesembilan. Saat akhir dipotong oleh Cameron. Laluan lurus jentera ini agak sukar untuk saya dapatkan kelajuan. Saya sudah cuba yang terbaik.

"Banyak kali pelumba lain memotong saya di laluan lurus, (Hector) Garzo dan Cameron, jadi saya cuba bersaing di kawasan membrek dan selekoh untuk memintas pelumba lain.

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 03

"Pada pusingan terakhir, saya cuba menjarakkan diri tetapi di laluan lurus, ia agak sukar kerana jentera saya masih kurang dari sudut aerodinamik atau kelajuan yang baik.

"Perlumbaan ini juga adalah untuk Dupasquier (pelumba Moto3 yang meninggal dunia susulan kemalangan ketika sesi kelayakan)," kata Hafizh dengan keputusan di Itali menyaksikannya meraih tujuh mata kejuaraan berharga.

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 04

Hafizh dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya dari dulu hingga sekarang.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Kepada penaja, terutama kepada UMW dan InsyaAllah saya akan terus buat yang terbaik."

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 05

Sekalipun bermula di petak ke-20, Hafizh yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP berlumba dengan baik untuk mengisi kelompok 15 terbaik dan kemalangan membabitkan beberapa pelumba di depannya turut memberinya kelebihan untuk mendapatkan keputusan positif di Mugello.

Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier! 06

Sebagai info, perlumbaan Moto2 di GP Itali dimenangi pelumba Australia, Remy Gardner (Red Bull KTM Ajo) manakana rakan sepasukannya, Raul Fernandez di tempat kedua. Marco Bezzecchi (VR46 Sky Racing Team) pula melengkapkan kedudukan podium selepas pelumba Italtrans Racing Team, Joe Roberts dikenakan penalti.

Sumber imej: Facebook RW Racing GP, Facebook Fan Club Hafizh Syahrin

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda