window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok

Khairil ยท Aug 16, 2022 07:00 PM

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 01

Teka-teki siapa 'hero' negara di perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2022, Oktober ini terjawab apabila Syarifuddin Azman atau Damok sah memiliki tiket berkenaan.

Pengesahan mengejutkan itu diperoleh ketika majlis pelancaran GP Malaysia 2022 dan diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, hari ini.

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekalipun perincian lanjut mengenainya belum boleh didedahkan, di Sepang nanti, Damok yang membuat penampilan sulung sebagai pelumba 'wildcard' Moto3 di laman sendiri akan berlumba bersama pasukan VisionTrack Racing Team.

Mengulas mengenai pemilihan Damok, Shafriman berkata sekalipun dia masih belum berpuas hati dengan pencapaian pelumba itu di kancah perlumbaan Eropah (JuniorGP), Damok dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menggalas tugas berkenaan.

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 01

Mengambil maklum yang Malaysia tidak lagi memiliki pelumba sepenuh masa beraksi di MotoGP musim ini, kehadiran Damok diharapkan dapat menyemarakkan semangat terutama peminat tempatan untuk kembali ke Sepang.

"Dengan pengesahan Damok ini, saya berharap jualan tiket untuk GP Malaysia 2022 akan meningkat terutama penyokong tempatan yang diharap dapat memberikan sokongan padu kepada pelumba kita," katanya.

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 02

Di atas kertas, Damok sememangnya pelumba yang paling layak selepas pelumba kelahiran Kuala Lumpur itu menampilkan prestasi memberangsangkan di pentas JuniorGP 2022 dengan menduduki tangga kedua keseluruhan selepas mengumpul 97 mata dan meraih beberapa kedudukan podium pada musim ini.

Sebelum ini, Damok pernah beraksi di Kejuaraan Dunia menerusi tiket wild card di Aragon, Portugal, Sepanyol dan Catalunya pada tahun lalu dan tahun ini.

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 03

Mengulas penganjuran GP Malaysia 2022 yang sudah dua tahun dibatalkan susulan pandemik Covid-19, Shafriman berkata pihaknya sudah bersedia untuk menerima kehadiran penonton tempatan dan antarabangsa dengan pelbagai program sudah menjelang perlumbaan itu nanti.

Rasmi, tiket 'wildcard' GP Malaysia milik Damok 04

Sebagai info, majlis pelancaran GP Malaysia 2022 di KLCC hari ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mengikut jadual, GP Malaysia 2022 berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober ini. 

Sumber imej: FB Sepang Circuit, ZK Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda