window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai

Mersita · Nov 7, 2021 08:00 PM

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 01

Debut Malaysia untuk Ora Good Cat belum dapat dipastikan lagi tarikhnya, namun Thailand sudahpun melancarkan kereta elektrik (EV) pada 29 Oktober lalu. Rakan penulis kami, Pisan, dari AutoFun Thailand telah merasakan kehebatan (dan kekurangan) EV ini dan rebiu kali ini menceritakan pengalamannya dengan EV ala-Porsche ini.

Luaran – Rupa bentuk retro tapi futuristik

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 02

Ora Good Cat mewarisi rupa bentuknya yang menarik dari bekas pereka dari Porsche iaitu Emanuel Derta, dimana beliau menjelaskan rupa bentuk dan ‘feel’ keseluruhan kereta ini yang diinspirasikan daripada jenama mewah Jerman, Porsche.

Pisan dari AutoFun sememangnya menggemari rekaan retro ini yang juga nampak futuristik, sekaligus menjadi daya tarikannya pada pandang pertama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 01

Walau bagaimanapun, dia menyebut yang lampu signal dan juga lampu undur kereta ini dipasang terlalu rendah. Katanya, jika anda memandu di belakang Good Cat ini, kedua-dua lampu ini seakan hilang dari pandangan. Oleh itu, jika lampu ini dipasang tinggi sedikit sehingga ke paras mata, rekaannya pasti lebih sempurna.

Ruang dalaman – Luas dan minimalis

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 02

Ruang dalamannya dipuji ramai dek rekaannya yang elegan dan minimalis. Kualiti materialnya cukup bagus – dimana bahan fabrik digunakan pada separuh bahagian atas kabin EV ini, manakala pada separuh bahagian bawahnya pula hanya menggunakan plastik keras yang terasa lebih murah.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 03

Tetapan dwi-skrin besar, dengan paparan infotainment berskrin sentuh 10.25 inci berserta paparan instrumen digital 7 inci, menyerikan ruang dalamannya dengan rekaan yang tampak premium.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 04

Namun, terdapat beberapa aspek dalam ruang dalaman ini yang tidak begitu digemari. Sebagai permulaan, ia tidak didatangkan dengan pelaras teleskopik pada sterengnya dan ini menyukarkan pemandu yang berbadan lebih tinggi untuk mencapai posisi duduk selesa. Tambahan pula, tali pinggang keledarnya tiada pelaras ketinggian.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 05

Kekurangan lain yang ditemui dalam EV ini ialah pemegang cawan di pintunya yang susah untuk dicapai, ketiadaan salur penghawa dingin di tempat duduk belakang, dan hanya ada satu port pengecas yang disediakan untuk penumpang di belakang.

Pengalaman pemanduan – Kemudahan ‘next-level’

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 06

Satu perincian yang hebat pada Ora Good Cat ialah sistem Smart Key dan QuickStart. Ia lebih moden daripada sekadar punat ‘push start’; apa yang anda perlu lakukan hanyalah pijak dan tahan pedal brek sehinggalah skrin memaparkan “Ready” dan enjin pun dihidupkan serta-merta. Apabila ia diparkir, anda cuma perlu tukar ke ‘Neutral’ (N), keluar, dan kunci kereta. Mudah, bukan?

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 07

Bagi pengalaman pemanduannya pula, ia adalah kereta harian yang mudah untuk dipandu dengan pemacuan yang cukup bagus dalam kelajuan bandar – hasil daripada motor elektrik 145 PS/210 Nm-nya. Sterengnya dikatakan cukup hebat dengan ketepatan tinggi dan mudah untuk dikemudi di sekitar kawasan bandar.

Keselesaan pemanduan – Boleh dipertingkatkan lagi

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 08

Pisan juga perasan yang getaran dari ‘suspension’nya cukup ketara ketika dipandu di jalan tidak rata, terutama sekali bagi penumpang di belakang. Penalaan ‘suspension’ yang lebih diperhalusi mungkin boleh menjadikan kereta ini jadi lebih selesa dan seronok untuk dipandu.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 09

Sokongan peha di tempat duduk hadapannya pula tidak mencukupi dan dengan ketiadaan pelarasan teleskopik pada sterengnya, posisi tempat duduk mungkin boleh meletihkan pemandu terutamanya dalam perjalanan jauh.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 10

Penebatan bunyi pula boleh diperbaiki lagi kerana bunyi tayar dan angin agak ketara dari dalam kabin kereta. Tanpa bunyi enjin pembakaran tradisional untuk menenggelamkan bunyi-bunyi luaran ini, efek bunyinya jadi lebih ketara. Pisan mengatakan bahawa bunyi dari tayar ini boleh diperbaiki dengan menukarkannya kepada set tayar yang lebih senyap untuk keselesaan perjalanan lebih baik.

Kepantasan dan julat perjalanan bagi setiap pengecasan

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 11

Ora Good Cat ditawarkan dalam tiga varian – 400 Tech, 400 Pro, dan 500 Ultra. Bahagian bernombor dalam nama varian ini mewakili julat pemanduan maksimanya dalam kilometer.

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 12

400 Tech dan Pro dibekalkan dengan bateri litium-ion fosfat (LFP) 47.8 kWh, manakala 500 Ultra diberi bateri litium ternary 63.1 kWh yang lebih besar (dengan Nikel-Mangan-Kobalt sebagai bahan katodnya).

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 13

Ora Good Cat menyokong pengecasan pantas DC sehingga 60 kW dan pengecasan AC sehingga 6.6 kW. Rujuk maklumat di bawah untuk masa pengecasannya:

Masa pengecasan Ora Good Cat 2021
Jenis Pengecas Peratusan Tempoh
DC fast charge (<60 kW) 0% - 80% 400 (45 mins) / 500 (60 mins)
DC fast charge (<60 kW) 30% - 80% 400 (32 mins) / 500 (40 mins)
Pengecas AC (<6.6 kW) 0% - 100%  400 (8 jam) / 500 (10 jam)

Kesimpulan

Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai 14

Rekaannya yang menarik, di dalam dan di luar, adalah salah satu daya tarikan terbesar bagi Ora Good Cat. Ia juga didatangkan dengan kelengkapan yang cukup pelbagai – dengan banyak kelengkapan ADAS bergantung kepada varian. Aspek-aspek yang boleh diperbaiki lagi termasuklah keselesaan perjalanan, tahap ergonomi ruang dalaman, serta beberapa kemudahan lain.

Jika dilihat pada tanda harganya pula, Pisan berpendapat bahawa Good Cat ini ialah pilihan yang cukup bagus sebagai kereta elektrik pertama anda.

Setakat 14 Oktober, GWM menerima lebih daripada 6,000 pra-tempahan untuk Ora Good Cat dalam masa hanya dua hari sejak pelancarannya di Thailand. Harga rasmi bagi Ora Good Cat ialah THB 989,000 – 1,199,000 (import CBU).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda