window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022!

Khairil ยท Dec 17, 2022 04:00 PM

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 01

Syarikat pengendali dan penyedia perkongsian mikro-mobiliti e-skuter terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility mencatat rekod pada tahun ini dengan lebih 1.1 juta tunggangan dicatatkan di Malaysia pada tahun 2022.

Jumlah berkenaan, mengikut Beam adalah peningkatan 2.5 kali ganda berbanding jumlah yang dicatatkan pada tahun 2021.

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, sejak setahun lalu, mereka merekodkan lebih daripada 80,000 pendaftaran pengguna baharu yang juga peningkatan lebih 65 peratus berbanding tahun 2021.

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 01

Berdasarkan rekod, lebih daripada 100,000 perjalanan dilakukan pengguna dari fasiliti pengangkutan awam seperti MRT, LRT atau stesen bas.

Jumlah berkenaan juga adalah peningkatan 5 kali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu setahun sebelum syarikat-syarikat memansuhkan peraturan kerja dari rumah susulan sekatan Covid-19.

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 02

"Data itu menunjukkan dengan jelas peningkatan jumlah rakyat Malaysia kini mula menerima perkhidmatan perkongsian e-skuter sebagai mod pengangkutan yang sebenar," kata Pengarah Urusan Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew.

"Saya mahu mengucapkan teritam kasih kepada semua pengguna atas sokongan dan maklum balas yang membina sejak beberapa tahun lalu."

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 03

Sejak setahun lalu, Beam sudah menyediakan lebih daripada 3,500 unit e-skuter di pelbagai kawasan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Perak, Johor, Pahang dengan keutamaanya diberikan di kawasan Lembah Klang.

Setakat tahun 2022, rakyat Malaysia sudah melakukan perjalanan lebih daripada 2 juta kilometer yang sekaligus bermakna lebih daripada 486 tan karbon dioksida berjaya dihalang daripada dilepaskan jika perjalanan dibuat melakukan kenderaan konvensional.

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 04

Sejak pengenalannya di Malaysia pada 2019, misi Beam adalah untuk membantu perjalanan yang lebih lancar terutama di bandar-bandar besar yang sekaligus mengurangkan pencemaran udara.

Rekod dicipta, Beam catat 1.1 juta tunggangan e-skuter, lebih 200k pengguna di Malaysia sepanjang 2022! 05

Dan menurut syarikat itu, perkembangan itu memberi petunjuk yang signifikan terhadap sistem pengangkutan era baharu di Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda