window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z?

Mersita ยท Jun 3, 2021 09:00 AM

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 01

Nilai dan harga sesuatu selalunya dikatakan dua perkara berbeza. Bagi kereta termahal di dunia ini, nilainya cukup istimewa bagi pembeli yang menempahnya secara istimewa melalui Rolls-Royce Coachbuild – satu program baharu yang diperkenalkan oleh jenama kereta mewah itu yang membolehkan pelanggan paling elit mereka untuk menempah kereta mengikut citarasa pelanggan itu sendiri.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 02

Salah sebuah kereta Rolls-Royce Boat Tail hasil daripada tempahan khas ini berharga sekitar $ 28 juta (~ RM 115.5 juta), membuatkannya kereta paling mahal di dunia. Kereta ‘custom’ Boat Tail ini mengambil masa lebih empat tahun untuk siap dibina dan setiap perinciannya dibuat khas untuk pemiliknya. 1,813 komponen serba baru digunakan dalam pembinaan kereta ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta yang dipaparkan disini adalah salah satu daripada hanya tiga kereta Boat Tail yang dihasilkan, dan khabar angin kuat mengatakan ianya milik pasangan ikon hiburan terkenal dunia – Beyonce dan Jay-Z.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 01

Rekaan Boat Tail bertona biru istimewa ini mengambil inspirasi daripada kapal layar J-class mewah. Di sebalik dek di belakang kereta yang boleh dibuka seperti sayap rama-rama ini ialah dua bahagian hidangan istimewa – salah satunya lengkap dengan peralatan makan, gelas dan peti sejuk manakala bahagian di sebelahnya pula ialah untuk menyimpan snek.

Dua meja koktel di bucu belakang kereta melengkapkan keperluan perkelahan mewah bersama kereta ini.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 02

Bagi melengkapkan pengalaman piknik yang mewah, dek belakang ini juga didatangkan dengan payung kanopi yang boleh dipasang dan ditanggalkan!

Kereta Boat Tail ini berukuran 5.8 meter panjang dan perincian kayu di bahagian bawah kabin serta lantainya juga menyerupai badan kapal. Seri kabinnya juga cukup istimewa dengan kemasan kulit berwarna biru.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 03

Selain dari itu, Rolls-Royce dan BOVET 1822 menghasilkan dua utas jam tangan mewah lelaki dan perempuan yang boleh dipakai oleh si pemilik ataupun disimpan di dalam kereta Boat Tail ini sebagai jam kereta.

Menurut siaran media rasmi dikeluarkan Rolls-Royce, tona warna biru laut ini dinyatakan sebagai “warna kegemaran pelanggan tersebut”. Para peminat Beyonce dan Jay-Z pasti tahu yang warna biru ialah warna kegemaran pasangan itu sehinggakan anak mereka juga dinamakan Blue Ivy.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 04

Tambahan pula, Rolls-Royce menyatakan bahawa dua peti sejuk di dek belakang kereta ini dihasilkan khas untuk menyimpan ‘champagne’ vintej Armand de Brignac kegemaran pembelinya. Jay-Z dilaporkan telah membeli Armand de Brignac pada 2014 dan beliau terkenal dengan citarasa mewahnya.

Rolls-Royce Boat Tail, kereta paling mahal di dunia dikatakan milik Beyonce & Jay-Z? 05

Peti sejuk direka khas untuk menyimpan champange istimewa ini pada suhu 6 darjah Celcius

Walaupun segala kemasan dan perincian kereta ini dibuat khas untuk pembeli istimewanya, Rolls-Royce Boat Tail masih lagi menggunapakai enjin V12 ‘twin-turbo’ 6.75 liter – sama seperti enjin Rolls-Royce Phantom, Cullinan, dan Ghost.

Pada tahun 2017, Rolls-Royce memperkenalkan idea program ‘one-off’ moden dengan sebuah kereta Sweptail yang didebut di Concours d’Elegance Villa d’Este berhampiran Lake Como. Sweptail, ketika itu, dianggap sebagai kereta paling mahal di dunia.

Sweptail menimbulkan minat yang mendalam di pasaran ketika itu dan ramai pembeli yang bertanyakan kepada Rolls-Royce tentang kereta ‘custom’ yang boleh ditempah khas untuk mereka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda