window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sarawak: Kilang CKD FCEV hidrogen akan dibina tak lama lagi, syarikat Korea & Jepun 'confirm' masuk

Mersita · Jul 29, 2022 09:00 AM

Sarawak: Kilang CKD FCEV hidrogen akan dibina tak lama lagi, syarikat Korea & Jepun 'confirm' masuk 01

Kilang pemasangan kenderaan elektrik ‘fuel cell’ hidrogen (FCEV) tempatan (CKD) akan dibina tidak lama lagi di Sarawak dan dua pelabur langsung asing iaitu dari Korea dan Jepun sudahpun disahkan, kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni.

Lokasi tapak kilang pemasangan FCEV berkenaan difahamkan sudah dikenalpasti dan ia akan dibina berhampiran Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Sarawak: Kilang CKD FCEV hidrogen akan dibina tak lama lagi, syarikat Korea & Jepun 'confirm' masuk 02

Toyota Mirai FCEV

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Hazland berkata kerajaan negeri menjemput pelaburan langsung asing daripada seluruh dunia. “Sekarang, kita sahkan sudah ada dua syarikat iaitu satu syarikat Korea dan satu lagi syarikat dari Jepun,” tambahnya lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, pelaburan ini sudah disahkan termasuklah tapak kilang berkenaan dan pembinaannya akan berlangsung tidak lama lagi. Dijangka akan ada satu lagi syarikat Korea turut melabur dalam projek berkenaan.

Juga baca: Perancangan Innova EV ditangguh, Toyota lebih cenderung teknologi hybrid dan hidrogen

Sarawak: Kilang CKD FCEV hidrogen akan dibina tak lama lagi, syarikat Korea & Jepun 'confirm' masuk 01

Honda Clarity FCEV

Dr Hazland berharap projek CKD FCEV berkuasa hidrogen ini akan menjadikan harga EV lebih mampu milik kerana kadar cukainya yang rendah. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan membuat pengumuman rasmi berkenaan projek ini tidak lama lagi.

Juga baca: Malaysia pertimbangkan hidrogen untuk kurangkan gas rumah hijau 45%, omong kosong atau tak?

Antara FCEV yang dijual di pasaran, walaupun bukan di Malaysia, pada masa ini termasuklah Toyota Mirai dan Hyundai Nexo. Selain dipasarkan di negara pengeluar masing-masing, kedua-dua model ini turut dijual di pasaran AS dan Eropah.

Juga baca: Rakyat Sarawak bakal nikmati bekalan minyak, hidrogen dan pengecas elektrik dalam satu stesen!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia