window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022!

Khairil ยท Nov 13, 2022 05:00 PM

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 01

Satu lagi sejarah dipahat dalam arena sukan permotoran dua roda negara apabila pelumba muda berbakat, Hakim Danish Ramli mengesahkan gelaran keseluruhan Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Mandalika, Indonesia, hari ini.

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 02

Kejayaan membanggakan itu dinoktahkan pelumba berusia 15 tahun selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim ini di tangga kedua sekalipun mendapat tentangan sengit pencabar utamanya, Shinya Ezawa dari Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 01

Keputusan itu menyaksikan Hakim Danish mengumpul keseluruhan 187 mata, dan memiliki kelebihan 10 mata di depan Ezawa.

Pada Perlumbaan 1 semalam, pelumba program pembangunan bakat SIC itu turut menaiki podium dengan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 02

Begitupun, turut cemerlang pastinya pelumba tuan rumah, Veda Ega Pratama yang menang kedua-dua perlumbaan di Mandalika.

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 03

Sekalipun cuba memberi cabaran sengit kepada Pratama terutama di awal saingan, Hakim Danish akhirnya terpaksa berpuas hati tidak menamatkan perlumbaan selaku juara dan berlumba lebih berhati-hati di penghujung saingan bagi memastikan kejuaraan menjadi miliknya. 

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 04

Malah taktik yang digunakan itu turut dipuji pengulas perlumbaan dan memperlihatkan kebijaksanaan dan kematangan pelumba berkenaan.

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 05

Sebagai rekod, Hakim Danish merangkul 4 kemenangan sepanjang musim ini dengan salah satunya dicapai di Malaysia pada bulan lalu dan lebih membanggakan, ini adalah gelaran keseluruhan pertama diraih pelumba Malaysia selepas Danial Syahmi Ahmad Shahril menamatkan saingan di kedudukan kedua keseluruhan musim lalu.

Sejarah membanggakan dicipta, Hakim Danish genggam gelaran keseluruhan ATC 2022! 06

Tahun depan, pelumba kelahiran Terengganu itu akan 'dinaikkan pangkat' dengan menyertai satu lagi perlumbaan elit Red Bull Rookies di Eropah.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda