window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sempadan Malaysia - Singapura dibuka di bawah program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)

Haris ยท Nov 30, 2021 04:00 PM

Sempadan Malaysia - Singapura dibuka di bawah program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) 01

Penduduk Malaysia dan Singapura kini mampu melakukan aktiviti rentas negara antara Malaysia - Singapura di bawah program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL). Program tersebut yang bermula pada 29 November 2021 telah menyaksikan lebih 4,000 permohonan untuk merentas negara dari Malaysia ke Singapura.

Ketika ini, Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) hanya dibenarkan untuk perjalanan melalui kapal terbang dari KLIA ke Lapangan Terbang Changi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa program tersebut akan diluaskan kepada laluan perkhidmatan bas menerusi Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), kereta api melalui Keretapi Tanah Melayu (KTM), kereta dan motosikal yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Semua kategori pengembara kini dibenarkan untuk memohon Pas Kembara Vaksinasi (VTP) tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang akan dibincangkan serta dipersetujui oleh Malaysia - Singapura.

Sempadan Malaysia - Singapura dibuka di bawah program Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) 01

Dalam satu hantaran di Facebook, Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatan, Perdana Menteri Singapura, Mr Lee Hsien Loong, telah merasmikan pembukaan Vaccinated Travel Lane (VTL-Land) di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

“Kami menyedari bahawa pembukaan semula sempadan adalah penting untuk menghidupkan semula aktiviti sosial dan ekonomi rentas sempadan yang akan memanfaatkan rakyat dari kedua-dua negara,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

“Semoga dengan inisiatif ini, isu logistik tidak lagi menjadi batu penghalang kepada aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada percambahan ekonomi terutamanya di antara Malaysia dan Singapura.”

Di samping laluan yang telah ditetapkan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Lee Hsien Loong kini dalam perbincangan untuk meluaskan laluan udara yang melibatkan destinasi seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.

Baca: RM 30 juta saman tertunggak rakyat Singapura kepada PDRM

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda