window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sentul semakin sesak, padat - Penduduk mahu DBKL desak pemaju siapkan pembinaan jalan alternatif

Mersita ยท Oct 3, 2022 05:30 PM

Sentul semakin sesak, padat - Penduduk mahu DBKL desak pemaju siapkan pembinaan jalan alternatif 01

Pembinaan jalan alternatif yang dibina oleh pemaju dari Kampung Chubadak ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tertangguh sehingga sekarang dan semakin rosak, memaksa penduduk untuk menyuarakan harapan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) campur tangan dengan mendesak pemaju untuk menyiapkannya segera.

Menurut laporan Sinar Harian, jalan raya alternatif sejauh 200 meter itu menjadi harapan ramai penduduk sekitar untuk mengelakkan kesesakan di Taman Dato Senu yang menjadi akses penduduk ke pusat bandar dan Batu Muda.

Sentul semakin sesak, padat - Penduduk mahu DBKL desak pemaju siapkan pembinaan jalan alternatif 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengerusi Kampung Chubadak, Syed Mashor Syed Mustapha, turut memberitahu akhbar berkenaan yang projek pembinaan jalan raya alternatif berkenaan sudah tertangguh selama dua tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan kini kekal terbengkalai walaupun PKP sudah tamat.

Menurutnya, campur tangan dan desakan dari DBKL yang meluluskan pembinaan jalan berkenaan adalah perlu supaya pemaju dan kontraktor yang dilantik digesa menyiapkan projek berkenaan untuk mengurangkan kesesakan disebabkan oleh pembangunan serta penambahan jumlah penduduk sekitar.

Sentul semakin sesak, padat - Penduduk mahu DBKL desak pemaju siapkan pembinaan jalan alternatif 01

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, dengan masalah kesesakan lalu lintas yang semakin serius, jalan tersebut perlu diusahakan oleh pemaju untuk mengatasi masalah kesesakan ini seperti dijanjikan oleh pemaju.

Keadaan jalan yang rosak teruk, berlubang, dan tidak berturap itu diharap dapat dibaiki dan jalan disiapkan sepenuhnya untuk keselesaan penduduk. Ya, pengguna boleh menggunakan jalan raya biasa, namun kesesakan teruk menyebabkan mereka berharap kepada jalan pintas ini untuk tiba ke destinasi dengan lebih mudah.

Sentul semakin sesak, padat - Penduduk mahu DBKL desak pemaju siapkan pembinaan jalan alternatif 02

Juga baca: RM 3 bilion diperlukan untuk baiki jalan persekutuan, 60 peratus rosak - JKR

Pembangunan di sekitar Sentul semakin pesat sejak projek pembaharuan bandar bernilai berbilion ringgit dimulakan di sana 10 tahun lalu. Bandar yang dahulunya menjadi pusat depot kereta api dan penempatan kecil kini semakin rancak dibangunkan dan jalan raya pun semakin sesak.

Harapan penduduk di sana adalah supaya pihak berwajib melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan jalan raya mencukupi untuk menampung bilangan penduduk yang semakin meningkat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda