window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'!

Khairil · Feb 22, 2023 10:00 AM

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 01

Jika berpandukan kepada kalendar 2023, tak salah untuk menyatakan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai antara venue 'hot' di negara ini dengan kesemua hujung minggu yang diperuntukkan pada tahun ini habis ditempah.

Apa yang menariknya, acara yang dijalankan di litar kebanggaan negara ini tidak saja tertumpu kepada sukan permotoran, malah turut membabitkan aktiviti lain seperti hiburan dan korporat.

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ingin mengubah persepesi orang ramai yang menyatakan SIC sebuah venue yang elit, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyatakan pihaknya terbuka untuk menerima tempahan terhadap pelbagai acara.

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 01

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif

"Kita ada banyak acara yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini. Untuk tahun ini juga, tempahan kita untuk hujung minggu sudah habis dan tinggal hari bekerja saja," katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka SIC, semalam.

"Selain itu, kita juga boleh menganjurkan aktiviti di waktu malam kerana kita mempunyai lampu limpah."

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 02

Mengulas lanjut mengenai konsep 'buka pintu', antara acara yang dirancang dianjurkan di SIC mengikut Shafriman termasuklah berbasikal, marathon dan konsert.

“Persepsi orang ramai menyatakan SIC merupakan tempat orang elit kerana sebelum ini kita menganjurkan acara seperti Formula 1 menyebabkan ramai yang bertanggapan bahawa tempat ini mahal.

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 03

“Jadi saya ingin tukar persepsi, tahun ini kita akan buka lebih banyak lagi acara yang mengenakan harga berpatutan.

“Jika sebelum ini, kita hanya menganjurkan acara sukan pemotoran empat dan dua roda, tetapi kali ini kita akan buka tempat untuk sukan-sukan rakyat seperti berbasikal dan marathon.

SIC 'laku keras', hujung minggu 2023 habis ditempah, jadi venue versetail, 'rahmah'! 04

"Kita juga akan kembali aktif menganjurkan konsert kerana venue ini memang sesuai untuk acara itu juga," katanya.

Pihak SIC menganjurkan Hari Terbuka SIC bagi meraikan para penaja dan pelanggan yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada litar berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda