window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8?

Khairil ยท Dec 3, 2021 06:30 PM

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 01

Sebelum kehadiran 'YSuku' atau Yamaha Y15ZR dan Y16ZR, kapcai handalan Yamaha dalam segmen empat lejang diterajui Yamaha 135LC. Dan selepas bertahun-tahun, popularitinya masih utuh dan versi terbaharu tetap laris.

Diperkenalkan di pasaran Malaysia bermula tahun 2006, ia boleh dianggap salah satu model paling berjaya jenama itu dengan model yang ditawarkan di pasaran ketika ini adalah daripada generasi ketujuh.

Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 01

Sumber imej: FB Muizzuddin Mohd Zobir

Dan sekalipun popularitinya agak menurut susulan kehadiran Y15ZR dan Y16ZR, ia masih menjadi antara tonggak jualan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Malah berikutan penawaran harga yang lebih rendah berbanding YSuku dan Y16ZR, tiada sebarang tanda yang pengeluarannya akan dihentikan dalam masa terdekat.

Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 02

Sumber imej: FB Muizzuddin Mohd Zobir

Perkembangan itu dikuatkan lagi dengan imej dan video tular yang menunjukkan sebuah model kapcai sedang ditunggang uji yang mirip model berkenaan di Rawang, Selangor.

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 03

Sumber imej video: FB Abd Hafiz

Sekalipun rekaannya terutama bahagian depan cukup mirip Yamaha 135LC terbaharu, tetapi ia dilengkapi dengan brek cakera belakang dengan rekaan kepala depan rekaan juga tampak mirip model Yamaha Y15ZR dan lampu belakang miri Y16ZR.

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 04

Sumber imej video: FB Abd Hafiz

Menurut rakan media Arena Motosikal dan informasi yang dikutip, ia berkemungkinan besar generasi terbaharu Yamaha 135LC (V8). 

Ia juga dikatakan bakal dilengkapi sistem suntikan bahan api yang lebih moden dan cekap selain sistem lampu jenis LED. Dan apa yang lebih menarik, model berkenaan dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 05

Sumber imej video: FB Abd Hafiz

Tidak dapat diketahui dengan jelas kebenaran maklumat berkenaan namun apa yang pasti, ia satu perkembangan yang mengujakan.

Spyshot: Lagi 'kapcai' dikesan jalani ujian. Adakah Yamaha 135LC V8? 06

Yamaha 135LC 2021 yang dilancarkan Januari lalu

Sebagai info, Yamaha 135LC V7 2021 baru saja dilancarkan HLYM pada Januari lalu dengan pilihan warna baharu dengan harga jualan disyorkan ialah RM 6,868 untuk warna biasa dan RM 7,118 untuk versi Special Edition.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda