window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC

Khairil ยท Feb 7, 2022 05:00 PM

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 01

Kejayaan Malaysia mengendalikan ujian pra-musim MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu lalu membuktikan kemampuan negara untuk menganjurkan acara sukan permotoran berstatus antarabangsa selepas ini.

Selepas dua kali dibatalkan pada musim 2020 dan 2021, perlumbaan GP Malaysia 2022 terus disenaraikan dalam kalender acara berprestij itu tahun ini dan dijadualkan pada 21-23 Oktober depan.

Juga baca: Dorna umum kalendar MotoGP 2022, 21 pusingan, GP Malaysia kedua terakhir!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 01

CEO SIC, Azhan Shafriman Hanif

Mengulas mengenai status perlumbaan berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menjangkakan bahawa pihaknya akan mengetahui mengenai status GP Malaysia 2022 dalam tempoh dua bulan akan datang.

Ini kerana katanya, kerajaan ketika ini masih lagi menilai permohonan untuk menganjurkan perlumbaan itu, memetik laporan Bernama.

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 02

Mengulas lanjut mengenai GP Malaysia 2022, ada perkembangan baik daripada Azhan yang melihat kemungkinan untuk kehadiran 100 peratus kapasiti penonton sebagai positif.

Begitupun katanya, kapasiti penuh itu hanya boleh dicapai selepas negara bertukar kepada fasa endemik pada ketika Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan itu pada Oktober nanti.

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 03

"Apabila kita berada pada fasa endemik, Covid-19 akan menjadi perkara biasa. Ia perlu terjadi dahulu… Saya fikir perkara utama sekarang ini pada kerajaan, jika mereka umumkan endemik, saya fikir kapisiti 100 peratus itu berkemungkinan dicapai," katanya kepada media di sini.

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 04

Menurut Azhan lagi, idea tersebut sudah pun diketengahkan kepada kerajaan, dan turut mengemukakan beberapa cadangan lain, jika ia tidak dapat dilakukan selain menegaskan Malaysia tidak boleh terlepas untuk menjadi tuan rumah kepada MotoGP pada tahun ini.

Juga baca: MotoGP takkan singgah negara wajib kuarantin pada 2022, Malaysia dalam 'bahaya'?

Status GP Malaysia 2022 diketahui 2 bulan lagi, berpotensi 100 peratus kehadiran penonton - SIC 05

Sementara itu, Azhan turut berkata Dorna Sports selaku pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen untuk MotoGP, Persatuan Pasukan Perlumbaan Antarabangsa (IRTA) serta krew dan pelumba berpuashati dengan cara SIC mengendalikan Ujian Musim Sejuk kali ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda