window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Subsidiari Petronas sahkan MoU dengan SK Group untuk bangunkan tenaga hijau, hidrogen, pengecas EV

Mersita ยท Sep 7, 2022 11:00 AM

Subsidiari Petronas sahkan MoU dengan SK Group untuk bangunkan tenaga hijau, hidrogen, pengecas EV 01

SK Group (SK) berganding bahu dengan Gentari Sdn Bhd (Gentari), syarikat subsidiari Petronas, untuk membangunkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, hidrogen, dan mobiliti hijau sebagai salah satu usaha dalam mendokong matlamat syarikat tersebut dalam peralihan ke tenaga bersih.

Ketiga-tiga syarikatnya – SK Materials Inc., SK Ecoplant, dan SK Signet baru-baru ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama komprehensif dalam sektor tenaga bersih. Ketiga-tiga syarikat ini terlibat dalam penghasilan bahan-bahan moden, pembinaan dan pengitaran semula, serta pengecasan kenderaan elektrik (EV). Ini memberi manfaat kepada syarikat Korea berkenaan kerana Gentari menyediakan penyelesaian tenaga bersih, berfokus pada penyelesaian karbon lebih rendah menerusi bahan boleh diperbaharui dan hidrogen.

Presiden SK Materials Inc., Lee Yong-wook, berkata kerjasama dalam peluang perniagaan tenaga bersih ini merupakan satu langkah besar ke hadapan oleh kedua-dua syarikat untuk sama-sama memberi respon terhadap krisis iklim dan mereka akan berusaha bagi mencapai keseimbangan untuk teknologi serta kebolehan selain bekerja rapat dalam memperoleh teknologi hijau untuk masa hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SK dan Gentari bersetuju untuk menggunakan MoU berkenaan sebagai langkah pertama bagi mengenalpasti peluang projek bersama dalam aspek bahan tenaga hidrogen, sel tenaga dan pengecasan EV, selain meneroka kaedah-kaedah lain untuk mengembangkan kerjasama mereka, kata wakil SK. SK berharap ini akan membentuk sinergi dengan memanfaatkan teknologi serta kebolehan syarikat dalam bidang hidrogen dan sistem pengecasan EV.

Juga baca: Sarawak: Kilang CKD FCEV hidrogen akan dibina tak lama lagi, syarikat Korea & Jepun 'confirm' masuk

Subsidiari Petronas sahkan MoU dengan SK Group untuk bangunkan tenaga hijau, hidrogen, pengecas EV 01

“Sejajar dengan hala tuju kami untuk ‘menyelesaikan keperluan tenaga mampan paling penting dunia, untuk merubah cara kita hidup hari ini dan membantu untuk menyelamatkan masa depan kita’, Gentari komited membantu pelanggan global kami dalam perjalanan mereka ke arah ‘net zero’. Bagi merealisasikannya, kami percaya yang usahasama ini amat diperlukan sedang kami meneroka dan membangunkan penyelesaian tenaga bersih yang boleh mencetus aksi pragmatik hari ini,” kata Mohd Shahrizal bin Yang Razalli (Head of Clean Energy Solutions Transition of Gentari and Petronas).

Subsidiari Petronas sahkan MoU dengan SK Group untuk bangunkan tenaga hijau, hidrogen, pengecas EV 02

“Berkolaborasi dan berinovasi dengan rakan niaga seperti SK Group membantu Gentari untuk meneroka teknologi tenaga baharu, berkembang lebih pantas untuk memenuhi permintaan sedia ada, dan mencapai nilai lebih tinggi,” tambahnya lagi.

Usahasama terbaru ini terlaksana setelah SK dan Petronas menyatakan yang mereka akan bekerjasama untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam perniagaan penangkapan karbon dan penyimpanan pada April lalu.

Menurut satu sumber, Pengerusi SK Group, Chey Tae-won, telah berikrar untuk mengusahakan konglomerat kedua terbesar kedua itu dalam pengurangan 200 juta tan pelepasan karbon, iaitu bersamaan dengan 1 peratus dari sasaran global yang ditetapkan oleh International Energy Agency, menjelang 2030.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda