window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai!

Khairil Β· Nov 19, 2022 10:00 AM

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 01

Suzuki menamatkan kempen MotoGP 2022 dengan nota cukup positif - menang 2 daripada 3 pusingan terakhir namun kejayaan itu pastinya tidak mampu mengubat kekecewaan peminatnya terutama berstatus fanatik.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 02

Keputusan itu menunjukkan Suzuki melakukan keputusan yang salah kerana seperti diketahui, syarikat pengeluar motosikal gergasi Jepun itu sudah pun menarik diri daripada perlumbaan elit berkenaan berakhir musim ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Suzuki rasmi tinggalkan MotoGP, EWC hujung musim 2022

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 01

Dan ketika ada yang menganggap ia adalah berita paling buruk, ada perkembangan lebih mengejutkan datang daripada pasukan yang sudah pun berkubur itu.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 02

Ini kerana Menurut Pengurus pasukan Suzuki Ecstar, Livio Suppo, Suzuki dikatakan sudah memutuskan untuk menghapuskan jentera dan komponen yang digunakan ketika perlumbaan MotoGP musim 2022 yang diklasifikasikan sebagai aset bercukai.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 03

Kepada yang tidak tahu dan mungkin sudah dapat dijangka, antara keputusan Suzuki menarik diri daripada MotoGP dan beberapa lagi perlumbaan elit adalah disebabkan krisis kewangan.

Juga baca: 2 gergasi MotoGP, Yamaha, Suzuki lancar jentera 2022 sempena ujian di Sepang!

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 04

Tidak seperti bekas pelumbanya Joan Mir dan Alex Rins yang sudah memperoleh 'rumah' baharu iaitu Honda, nasib beberapa unit jentera Suzuki GSX-RR tidak begitu baik.

 

"Malangnya, ia bukan satu kemungkinan, tetapi sudah pasti," kata Suppo memetik laporan GPOne.com. "Beberapa unit jentera akan diletakkan di sesetengah muzium, beberapa lagi akan dihapuskan, bersama segala alat ganti dan segala-galanya.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 05

Joan Mir

"Semua pengeluar Jepun melakukannya atas alasan cukai, kerana jika tidak, ia akan dinilai sebagai aset yang perlu dibayar cukai. Kerana ia tidak lagi digunakan, mereka membuat keputusan yang mengecewakan ini," katanya.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 06

Joan Mir

Selepas memenangi perlumbaan penutup tirai musim 2022, Rins mengesahkan memetik laporan todocircuito.com dia mahukan sebuah jentera Suzuki GSX-RR tahun ini tetapi jawapan yang diterima tidak begitu meyakinkan.

Juga baca: Suzuki tinggalkan MotoGP berakhir musim 2022? Dorna beri amaran

"Saya sudah bertanya mengenainya tetapi mereka memberitahu saya ia sudah pun dibayar. Jika saya mempunyai peluang (beli), ya," kata pelumba kelahiran Sepanyol itu yang sudah pun memiliki sebuah jentera Suzuki GSX-RR musim 2020 di kediamannya.

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 07

Alex Rins

"Jentera musim 2020 yang ada di rumah saya, kerana menamatkan musim di kedudukan ketiga tidak boleh hidup. Saya memberitahu (Shinichi) Sahara (Ketua Projek Suzuki Ecstar) yang saya mahu membawanya (jentera 2022) pulang tetapi dia beritahu saya ia tidak mungkin dan perkara itu perlu diselesaikan di Jepun."

Suzuki akan 'scrap' jentera, komponen MotoGP GSX-RR, alasan jimat duit, elak cukai! 08

Alex Rins

Selain MotoGP, Suzuki turut menamatkan programnya di saingan FIM Endurance World Championship, kempen yang turut menyaksikan Suzuki menang dua daripada tiga kejuaraan terakhir.

Sumber imej: FB Γlex RinsJoan Mir

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda