window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty!

Khairil ยท Sep 2, 2021 06:00 PM

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 01

Suzuki Thailand mengemaskini penawaran untuk model kapcai popularnya, Smash FI dengan tambahan Next Edition yang tampil dengan 4 varian berbeza mengikut 'bajet' pembeli.

Dikenali sebagai Smash FI Next Edition 2021, model ini mendapat perubahan 'minor' dan disegarkan menerusi pilihan warna serta corak grafik yang lebih menarik dan 'Sporty'.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000, GSX-S1000F 2021 dapat warna baharu di Thailand, harga RM 76k, 78k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 01

Bersaing dalam segmen yang padat daripada pelbagai jenama lain dari dalam dan luar negara, 4 varian yang ditawarkan adalah oleh Suzuki Thailand bagi Smash F1 Next Edition 2021 adalah LE, LB, LA dan JA.

  • Perbezaan diantara keempat-empat varian itu adalah seperti berikut:
  • LE - Rim aloi, brek cakera depan dan penghidup elektrik.
  • LB - Rim jejari, brek cakera depan dan penghidup elektrik.
  • LA - Rim jejari, brek dram dan penghidup elektrik.
  • JA - Rim jejari, brek dram dan penendang kaki.

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 02

Pilihan warna dua-tona bersama grafik menarik yang ditawarkan adalah empat iaitu White Burgundy (putih merah), Kabuki Black (hitam putih), Thunder Smoke (kuning kelabu) dan Signature Blue (biru hijau). 

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 03

Begitupun, pilihan warna White Burgundy adalah ekslusif untuk varian LE.

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 04

Dari sudut trenkuasa, Suzuki Smash FI Next Edition 2021 menggunakan enjin bersesaran 112.8 cc, 4 Lejang, SOHC, Suntikan Bahan Api Elektronik dengan sistem transmisi 4 kelajuan.

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 05

Enjin itu datang dengan teknologi yang dibina Suzuki iaitu LEaP - Light (ringan), Efficient (efisen) dan Powerful (berkuasa) yang didakwa menawarkan pengurangan rintangan mekanikal dan menjaga sistem bendalir enjin.

Juga baca: GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 06

Justeru, penggunaan bahan api untuk model ini cukup menjimatkan iaitu 66.7 km per liter menerusi kajian dibuat oleh Intitute of Motor Vehicles Thailand.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang dengan sistem brek dibezakan mengikut varian. Antara yang turut dikemaskini adalah panel meter yang kini lebih jelas.

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 07

Spesifikasi lain adalah kapasiti tangki bahan api 3.7 liter, sistem kunci '2-layer safety key' dan ruang simpanan barangan di bawah pelana.

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 08

Tiada pengumuman harga dibuat namun Suzuki Thailand menawarkan tempoh jaminan selama 3 tahun atau 30,000 km dan jaminan selama 5 tahun untuk sistem suntikan bahan api. 

Suzuki Smash FI Next Edition 2021 di Thailand, 4 varian, lagi jimat minyak, Sporty! 09

Sebagai info, Suzuki Malaysia pernah menjual model Smash di pasaran tempatan satu ketika dulu. Justeru bukan perkara yang mustahil ia akan dikembalikan jika berpandukan popularitinya di negara jiran.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda