window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024!

Khairil ยท Jan 30, 2023 05:00 PM

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 01

Tidak mahu ketinggalan, Suzuki Japan, baru-baru ini mengumumkan pelan jangka panjang 'neutral karbon' syarikat itu dengan merancang untuk menghasilkan lapan model motosikal/skuter elektrik menjelang tahun 2030.

Apa yang lebih menarik, model elektrik sulung jenama itu dijadualkan dilancarkan seawal tahun depan.

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Suzuki Japan, perancangan itu dibuat untuk mengikuti tahap 'neutral karbon' yang ditetapkan di pasaran global di mana Jepun dan Eropah menetapkan 'neutral karbon' pada tahun 2050 manakala India pada tahun 2070.

Di peringkat awal, Suzuki akan memperkenalkan sebuah skuter elektrik pada tahun depan dengan meletakkan sasaran 25 peratus produk syarikat itu itu adalah model yang menggunakan tenaga 'hijau' menjelang 2030.

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 01

Suzuki GSX-R125

Untuk model yang direncana dilancarkan pada tahun depan, Suzuki berkata ia adalah motosikal bersaiz kompak (skuter) yang selesa dibawa ke pejabat, sekolah, membeli belah serta aktiviti seharian lain.

Selain itu, syarikat itu juga merancang untuk menghasilkan motosikal 'besar' yang dan motosikal 'hobi' yang menggunakan kuasa elektrik.

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 02

Suzuki Avenis 125

Sekalipun Suzuki tidak memberikan maklumat lanjut mengenai model atau jenis motosikal yang menggunakan trenkuasa elektrik itu, namun berdasarkan imej yang dipaparkan ketika pembentangan Strategi Pertumbuhan 2030 Suzuki, ia nampak seperti skuter dan Sportbike.

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 03

Suzuki GSX-S1000

Dan jika diperhatikan, imej motosikal dan skuter berkenaan mirip dengan model yang dijual di pasaran India iaitu Suzuki Avvenis dan Gixxer.

Suzuki umum pelan hasilkan 8 motosikal elektrik, model sulung 'debut' pada 2024! 04

Suzuki Address

Justeru, sekalipun teknologinya datang daripada Jepun, motosikal dan skuter berkenaan berkemungkinan akan dihasilkan di India yang diakui salah satu pasaran terkuat Suzuki.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda