window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi

Mersita ยท May 24, 2022 08:00 PM

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi 01

Satu perbincangan antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama pengendali e-hailing (EHO) telahpun berlangsung bagi memberi penjelasan kepada orang ramai tentang kenaikan kadar tambang e-hailing yang dilihat naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Menerusi perbincangan ini, difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing; (1) penawaran dan permintaan yang tidak seimbang, serta (2) kesesakan lalu lintas tinggi yang menyebabkan masa perjalanan lebih lama.

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penjelasan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini adalah sebagai maklumbalas kepada aduan pengguna platform e-hailing tertentu yang terkesan dengan kenaikan kos perjalanan seharian mereka.

Menurut kenyataan tersebut, beberapa syarikat e-hailing mengalami masalah kekurangan pemandu berdaftar sebanyak 30% berbanding sebelum COVID-19 melanda Malaysia. Isu ini menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan.

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi 01

“Dalam masa sama, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 lalu juga menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak dalam permintaan perkhidmatan e-hailing,” jelasnya lagi.

Difahamkan, faktor-faktor ini mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh EHO merangkumi pelbagai faktor termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran. Ini semua mempengaruhi kenaikan tambang sejak kebelakangan ini.

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi 02

“Dari segi peraturan struktur tambang pula, terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj. Kerajaan tidak mengawal tambang asas dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api.

“EHO dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka,” tambahnya lagi.

Juga baca: Tambang Grab mahal, pengguna mula ambil teksi untuk elak ‘harga kayangan'

Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi 03

Bagi menangani isu-isu ini, EHO terlibat memberi jaminan untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada.

“Pihak kerajaan juga akan terus memastikan lebih banyak EHO bersama-sama perkhidmatan teksi dan bas tersedia untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna,” jelas beliau.

Juga baca: Berbilion dikaut, pemandu teksi Malaysia desak kerajaan lancar platform e-hailing sendiri

Terdahulu, beberapa badan pengguna telah mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan untuk mengenakan pengawalan tambang bagi khidmat e-hailing seperti yang dikenakan keatas pengusaha teksi. Namun, nampak gayanya perkara ini tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan pengguna terpaksa akur dengan pilihan yang ada buat masa sekarang.

Juga baca: Syarikat e-hailing diminta jelaskan sebab kadar tambang semakin mahal - Wee

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda