window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tabung Haji sumbang lagi 40 buah van kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan

Mersita ยท Jun 28, 2022 04:00 PM

Tabung Haji sumbang lagi 40 buah van kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan 01

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbang sebanyak 40 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH di Dataran Kompleks Islam, Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad berkata, sumbangan kenderaan dwi-fungsi Program Mobiliti TH ini asalnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam pengurusan jenazah terutama kepada pihak masjid yang memerlukan di luar bandar.

Tabung Haji sumbang lagi 40 buah van kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Melalui Program Mobiliti ini, TH menyumbang kenderaan dwi-fungsi yang boleh digunakan untuk pengurusan jenazah dan juga dijadikan sebagai van penumbang untuk kegunaan ahli kariah ketika melakukan aktiviti bermanfaat,” kata beliau. Program Mobiliti TH ini juga merupakan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam Aspirasi Keluarga Malaysia untuk pencapaian enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Dato’ Sri Amrin Awaluddin, sejak diperkenalkan pada tahun 2016, TH telah menyumbang lebih 96 buah kenderaan kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara untuk manfaat lebih 300,000 ahli kariah.

Tabung Haji sumbang lagi 40 buah van kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan 01

Juga baca: Tabung Haji derma 25 van King Long pada badan kebajikan, peruntukan RM2.3 juta

“Pada awalnya, sumbangan dibuat kepada masjid-masjid yang memerlukan kenderaan untuk pengurusan jenazah dan aktiviti ahli kariah setempat. Namun bermula tahun 2021, program ini telah diperluaskan meliputi badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan pusat penjagaan OKU kerana terdapat banyak badan-badan kebajikan di Malaysia yang tidak mempunyai pengangkutan yang selamat dan sesuai untuk para penghuni mereka menjalankan aktiviti harian”, tambah beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Wakil Pengurusan TH, Ahli Jawatankuasa Zakat Wakalah TH, dan para Wakil Pertubuhan Kebajikan dan Persatuan seluruh negara.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda