window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer!

Khairil ยท Feb 8, 2022 06:00 PM

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer! 01

Sejak didedahkan di pameran EICMA 2021, syarikat pengeluar motosikal Itali yang terkenal dengan rekaan 'menawan', MV Agusta dikatakan sudah mendapat lebih 15,000 unit tempahan untuk model terbaharunya Lucky Explorer.

Projek Lucky Explorer yang datang dengan dua varian, 9.5 dan 5.5 adalah model ADV pertama jenama itu dibawah Ketua Pegawai Eksekutif Timur Sardarov selain usaha MV Agusta untuk mempelbagaikan produknya.

Juga baca: MV Agusta Superveloce Ago dinobat motosikal tercantik di EICMA 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer! 01

MV Agusta Lucky Explorer 9.5

Sekalipun ia masih belum dipasarkan, Sardarov berkata pihaknya sudah menerima lebih daripada 15,000 tempahan untuk kedua-dua model berkenaan yang secara praktikalnya bersamaan dengan tempoh produksi selama dua tahun.

Sardarov berkata, jika kemelut membabitkan pandemik Covid-19 selain masalah membabitkan rantaian bekalan dapat diatasi, pihaknya akan mampu meningkatkan produksi pengeluarannya.

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer! 02

MV Agusta Lucky Explorer 5.5

Tahun lalu, MV Agusta hanya menghasilkan kira-kira 5,000 unit motosikal dan jika tahap produksi kembali optimum, mereka mampu untuk mengeluarkan kira-kira 9,000 unit motosikal pada tahun ini.

Ketika Lucky Explorer 9.5 adalah 'hasil tangan' jenama Itali itu, Lucky Explorer 5.5 adalah produk yang datang daripada kerjasama dengan syarikat pengeluar China, QJ Motor dan menggunakan platform yang sama dengan Benelli TRK 502.

Juga baca: MV Agusta Lancar Brutale 1000 RS 2022 diperkenal, jentera 'brutal' kini lebih jinak, mampu milik!

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer! 03

Untuk Lucky Explorer 9.5, ia akan menggunakan enjin 931 cc, 3 Silinder dengan kuasa dikatakan sebesar 123 Hp pada 10,000 rpm dan tork setinggi 101.9 Nm pada 7,000 rpm.

Sebagai jentera moden, ia dilengkapi dengan pelbagai jajan menarik tetapi apa yang membuatkan Lucky Explorer (kedua-dua varian) sebagai menggoda pastinya adalah menerusi rekaannya yang cukup menarik perhatian. Lihat saja kepada imejnya.

Terlalu menggoda? MV Agusta dah terima 15k tempahan untuk ADV Lucky Explorer! 04

Seperti diketahui, projek Lucky Explorer mengambil inspirasi daripada jentera Cagiva Elefant yang pernah mememangi perlumbaan rali Dakar pada era- 1980-an dengan corak grafik juga mengambil inspirasi yang sama.

Juga baca: 'Hyper naked' ganas, MV Agusta Brutale 1000 RR 2021 sudah tiba, kuasa kekal 208 Hp, 116.5 Nm!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda