window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

TikTok Siti Aishah jadi tumpuan luahan pembatalan subsidi, 'content' disiasat MCMC

Mersita · Jun 29, 2022 07:00 PM

TikTok Siti Aishah jadi tumpuan luahan pembatalan subsidi, 'content' disiasat MCMC 01

Tular baru-baru ini satu video dimuatnaik di TikTok @SitiAishahSI yang mengulas tentang pembatalan subsidi oleh kerajaan dan bagaimana ia menekan kos sara hidup rakyat Malaysia. Dilaporkan wanita di dalam video berkenaan, Siti Aishah Shaik Ismail, telah dipanggil untuk membuat kenyataan polis berhubung video TikTok yang dimuatnaiknya.

Biro Media Sosial Parti Tindakan Demokratik (DAP), Syahredzan Johan, berkata video yang mencapai 2.5 juta tontonan, lebih 142,000 tanda suka, dan lebih 43,000 kongsian itu dilaporkan kini berada dalam siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Difahamkan, Siti Aishah telah dibawa ke Balai Polis Sungai Senam, Ipoh untuk diambil keterangan berhubung video reaksi terhadap keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi.

@sitiaishahshaikismail #hargabarang #kuasarakyat #gst #subsidi #fyp #kerajaangagal #tolakpemimpinrasuah #hargabarangnaik #nasibrakyatkecil #1millionaudition ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

Menurut kenyataan Syahredzan, bekas ahli Dewan Negara itu telah diserbu oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di kediamannya selain telefon bimbit miliknya turut dirampas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak berkadar, perlu diambil keatas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik Kerajaan,” ulasnya dalam kenyataan berkenaan yang dimuatnaik ke Twitter.

TikTok Siti Aishah jadi tumpuan luahan pembatalan subsidi, 'content' disiasat MCMC 01

Seperti ramai sudah sedia maklum, bermula 1 Julai 2022, subsidi bagi komoditi seperti ayam dan minyak masak akan dihapuskan dan dijual mengikut harga pasaran sebenar. Walaupun subsidi berdasarkan harga untuk bahan api RON 95 dan diesel masih diteruskan buat masa ini, Siti Aishah turut mengutarakan kebimbangannya tentang pembatalan subsidi tersebut yang kini sudah dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Juga baca: Azmin: Pemilik BMW tak boleh dapat subsidi sama dengan pemilik Kancil, subsidi bahan api tertumpu mungkin dilaksanakan

Sebagai info, MoF dilaporkan terpaksa menampung perbelanjaan untuk subsidi dengan nilai mencecah RM 37.3 bilion bagi petrol, diesel, dan LPG setakat ini bagi tahun 2022. Jumlah yang cukup besar ini dikatakan menekan kewangan negara dan subsidi bersasar mungkin akan dilaksanakan supaya manfaat dapat disalurkan sepenuhnya kepada golongan berpendapatan rendah sahaja.

Juga baca: Jualan RON 97 merudum, semakin ramai pam RON 95 - subsidi petrol tambah beban kewangan negara

Naikkan harga minyak RON 95 10-20 sen, sistem subsidi Malaysia untungkan orang kaya - Najib Razak

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda