window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak!

Khairil ยท Jun 9, 2021 07:00 PM

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 01

Umum mengetahui yang pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersaing di pentas dunia menggunakan duit 'poketnya' sendiri pada musim ini.

Juga baca: Ada berita baik, Hafizh Syahrin akui sudah mula serasi dengan jentera NTS di Moto2!

Sekalipun mendapat gaji daripada pasukannya, NTS RW Racing GP selain beberapaa tajaan individu, ia begitupun masih belum mencukupi sehingga menyukarkan kehidupannya di luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 01

Baru-baru ini, ada khabar gembira buat Hafizh apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan minatnya untuk menaja bekas pelumba MotoGP negara itu.

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 02

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Sumber imej: Instagram TMJ

TMJ berkata demikian dalam reaksi balasnya terhadap soalan yang dilontarkan seorang pengguna Instagram Sabtu lalu, mengenai sama ada baginda berminat untuk menaja Hafizh Syahrin.

Meskipun ia belum mempunyai kata putus atau perincian mengenainya, pelumba berusia 27 tahun mengakui perkembangan itu berjaya meningkatkan motivasinya.

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 03

"Tidak ada kata-kata yang dapat menggambarkan ini, walaupun belum membantu, kata-kata positif baginda memberikan saya semangat untuk teruskan dalam sukan permotoran ini," katanya memetik laporan Bernama.

"Kita pun tahu semua negara dilanda pandemik COVID-19, jadi ada sponsor tarik diri dan tidak dapat beri sokongan seratus peratus.

Juga baca: Rangkul keputusan terbaik musim 2021, Hafizh dedikasi perlumbaan di Mugello kepada Dupasquier!

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 04

"Buat masa ini, saya memang guna duit poket saya sendiri, beli tiket kapal terbang, latihan dan tempat tinggal. Perkara-perkara begini menyukarkan keadaan saya, apapun, saya buat yang terbaik bersama pasukan NTS RW Racing GP."

Mengulas lanjut, Hafizh berharap untuk berpeluang menghadap TMJ selepas pulang ke tanah air.

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 05

Selepas mencatat keputusan terbaiknya musim ini pada 30 Mei lalu di GP Itali dengan menamatkan saingan di tangga kesembilan, Hafizh begitupun tidak berjaya mengulanginya pada GP Barcelona minggu lalu selepas jenteranya berdepan masalah.

TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak! 06

Selepas tujuh pusingan, Hafizh ketika ini menduduki tangga ke-23 di kejuaraan dunia Moto2 selepas mengumpul keseluruhan lapan mata.

Sumber imej: Facebook RW Racing GP, Instagram Hafizh Syahrin

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda