window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k

Faisal · Feb 19, 2022 10:00 AM

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 01

  • Indonesia adalah pasaran kedua untuk Voxy serba baru
  • Hanya 1 varian petrol sahaja
  • Patutkah UMWT bawa masuk ke Malaysia?

Toyota Voxy serba baharu 2022 sebentar tadi baru sahaja dilancarkan ke Indonesia secara CBU, iaitu kira-kira 1 bulan selepas membuat debut global di Jepun. Negara kedua yang mendapat ‘baby’ Vellfire generasi baharu ini hanya mendatangkan 1 varian. Kalau anda nak tahu, pasaran rumahnya iaitu Jepun menawarkan Toyota Voxy baharu sehingga 20 varian.

Juga bacaPanduan: Toyota Voxy serendah RM 99k, berbaloi beli 'Baby Vellfire' jimat roadtax?

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 02

Toyota Voxy generasi terdahulu di pasaran Indonesia.

Kembali ke Indonesia, varian solo tersebut bermula pada harga 558.2 juta Rupiah (~RM 163k) dan harga ini sebenarnya naik 47 juta Rupiah (~RM 14k) berbanding Voxy generasi terdahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 01

Kredit: Indra Fathan.

Seperti yang anda tahu, Voxy 2022 memperagakan gril ala Lexus dan tempat duduk dalam yang berunsurkan Lexus LM dimana baris kedua boleh dilaras sampai ke belakang apabila baris ketiga dilipat ke tepi sepenuhnya.

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 02

Tempat duduk belakang pada Voxy di Indonesia juga lengkap dengan paparan hiburan 11.6 inci yang terletak pada bahagian siling.

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 03

Selain itu, Voxy di sana turut hadir dengan ciri pintu gelangsar automatik yang menggunakan isyarat pergerakan kaki.

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 04

Turut didatangkan adalah ciri but belakang berkuasa dengan butang larasan halangan.

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 05

Antara kelengkapan yang ada pada Voxy di Indonesia termasuklah:

  • Paparan pelbagai informasi 7-inch
  • Head-up display
  • Pemanas cermin sisi
  • 6 port USB
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Pembersih udara
  • Infotainment 9 inci
  • Kamera 360 darjah

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 06

Dari segi trenkuasa, ia dikerah oleh enjin 2.0L Dynamic Force yang menghasilkan 170 PS dan 202 Nm tork. Kuasa yang dihantar ke roda depan ini diurus oleh transmisi CVT Direct-Shift.

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 07

Berkenaan keselamatan pula, Voxy di Indonesia hadir dengan Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi ciri Pre-collision System (PCS), Lane Tracing Assist (LCA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), and Automatic High Beam (AHB).

Toyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby ‘Vellfire’ yang bermula dari RM 163k 08

Walaupun Voxy baharu sudah dilancar ke pasaran Indonesia, UMW Toyota Motor (UMWT) sendiri belum ada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Apapun, Toyota Voxy atau kembarnya, Noah mungkin hanya tiba di Malaysia melalui pengedar kereta import sahaja.

Juga bacaToyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda