window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen!

Khairil · Jul 30, 2021 01:00 PM

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen! 01

Demi kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangannya tidak putus, seorang 'rider' Foodpanda terpaksa 'berkorban' dengan menggendong anaknya yang masih kecil ketika keluar bekerja. 

Gambar kedua beranak itu menghantar pesanan menggunakan motosikal SYM Sport di kawasan Perumahan Pegawai Kanan Polis, Sungai Dua, Pulau Pinang tular selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook dengan nama profil Rohayu Mohd Rodzi, baru-baru ini.

Juga baca: Gara-gara sentuh sensitiviti agama, lelaki ini dipukul 'rider' Foodpanda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada perkongsian berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan kagum terhadap ketabahan lelaki berkenaan serta turut mendoakan keselamatan mereka.

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen! 01

Perkongsian yang dimuat naik wanita berkenaan sehingga kini memperoleh lebih daripada 7.6k perkongsian, 5.4k reaksi dan 1k komen.

“Allahuakbar sedihnya. Saya turun dari keta (kereta) terus pi (pergi) dkt (dekat) si bapa dan anak, waktu ni panas terik anak berpeluh kepanasan, anak tak dak (tiada) siapa jaga , nak hantar pengasuh nak kena bayar, anak diam ja dia dah (sudah) paham bapa dia tengah keja cari duit.

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen! 02

“Dalam raga ada botol susu kosong. Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu la apa yang patut, kalau tak mampu bagi bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang motor menghantar pesanan pelanggan,” tulis Rohayu di laman Facebooknya.

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen! 03

Tular 'Rider' Foodpanda bawa anak kecil hantar pesanan, undang simpati netizen! 04

Memetik laporan Kosmo!, penunggang berkenaan sudah pun mendapat perhatian masyarakat dengan ada yang memberi sumbangan barangan termasuk keperluan makanan selain wang ringgit.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda