window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee!

Khairil ยท Nov 2, 2021 05:00 PM

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee! 01

Menikmati hirupan kopi premium Richiamo Coffee dan menunggang uji motosikal jenama Austria, Husqvarna. Itulah inisiatif hasil kerjasama Richiamo Coffee Sdn. Bhd. dan pengedar Husqvarna di Malaysia, Welly World Cycles yang sedang berjalan ketika ini.

Kedua-dua syarikat itu menjalankan kerjasama menerusi siri jelajah yang bermula 30 Oktober lalu Richiamo Coffee UTMKL diikuti Richiamo Coffee Cyberjaya (6 November) dan berakhir pada 13 November ini di Richiamo Coffee Bukit Beruntung.

Juga baca: Svartpilen 250, 401 & Vitpilen 401, taruhan Husqvarna di Malaysia, harga bermula RM24,800

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee! 01

Muhammad Zamry (kiri) dan Pengarah Welly World Cycles, Ngo Yoke Kwang

Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah menyifatkan kerjasama dengan jenama motosikal terkemuka antarabangsa itu merupakan peluang berharga.

Katanya, Richiamo Coffee cukup berbangga kerana jenama antarabangsa berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama tempatan.

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee! 02

"Kebetulan pula model yang diperkenal itu merupakan model Café Racer dan ia bersesuaian dengan konsep kafe kami," katanya.

Juga baca: Husqvarna rancak siar video 'teaser' Norden 901, motosikal 'Adventure' Sweden hampiri pelancaran!

Menerusi jalinan kerjasama berkenaan, Zamry berkata Husqvarna akan membawa motosikal model Café Racer jenama itu ke cawangan Richiamo Coffee di sekitar Lembah Klang dan para peminat motosikal boleh melakukan tunggang uji yang disediakan oleh pihak Husqvarna.

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee! 03

Husqvarna Vitpilen 401

“Di samping itu, pengunjung yang menyertai sesi tunggang uji itu juga boleh menikmati minuman Richiamo Coffee yang disediakan di setiap lokasi,” katanya.

Tunggang uji Husqvarna Svartpilen 250, 401, Vitpilen 401, kemudian 'layan' kopi Richiamo Coffee! 04

Husqvarna Svartpilen 250

Dan jika siri jelajah ini berjaya menarik ramai peminat motosikal Café Racer, Zamry berkata pihak Husqvarna bersedia untuk meluaskan sesi uji tunggang di rangkaian Richiamo Coffee seluruh negara dengan sokongan para pengedarnya.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda