window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D

Khairil · Aug 9, 2021 09:00 AM

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 01

Sebagai antara inisiatif untuk menarik pengunjung, sebuah hotel di Itali menghasilkan suite unik yang bertemakan jenama motosikal terkemuka antarabangsa iaitu Vespa, Ducati dan Harley-Davidson.

Terletak di daerah San Vigilio di Marebbe, Hotel Al Plan menawarkan pemandangan mengujakan pergunungan Dolomites yang indah serta terkenal sebagai lokasi untuk penunggang motosikal menjelajah ketika musim panas.

Juga baca: Vespa lancar edisi khas ulang tahun ke-75 bagi model Primavera dan GTS!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 01

Dan bagi menambah tarikan kepada hotel berkenaan, pihak pengurusan membuat keputusan untuk menghasilkan tiga unit suite istimewa yang pastinya memberikan kelainan kepada pengunjung.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 02

Justeru untuk peminat motosikal khasnya Vespa, Ducati dan Harley-Davidson, mereka mempunyai sebab untuk menjadi lebih teruja.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 03

Apa yang menarik? Setiap bilik suite itu dihias dan didekorasi menggunakan tema jenama berkenaan termasuk skim warna tradisi, yang memberikan nilai sentimental kepada penggemar jenama itu.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 04

Kepada peminat skuter, bilik bertemakan Vespa boleh menjadi pilihan mereka. Suite itu dihias menggunakan pelbagai komponen Vespa seperti enjin, panel sisi dan bahagian depan skuter berkenaan dan dicat dengan warna ikonik jenama itu iaitu hijau.

Juga baca: Gemar berkelah. Vespa Malaysia bawa masuk model edisi terhad Primavera Pic Nic. Harga padu, RM 19.9K!

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 05

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 06

Menambah tarikan, sebuah potret besar perlumbaan Vespa menghiasi satu panel dinding bilik manakala barisan model mini Vespa dan gambar lukisan tangan turut dipamerkan di bilik berkenaan.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 07

 

Bagi Ducatisti, pilihan mereka pastinya bilik Ducati Corse. Tetapi tidak seperti suite Vespa, tiada komponen motosikal jenama berkenaan sebagai perhiasan berkemungkinan harganya yang agak mahal.

Juga baca: Ducati Diavel 1260 S edisi 'Black and Steel' 2022, sungguh 'kacak' lagi menarik!

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 08

Sekalipun tampil dengan rekaan minimal, penggunaan warna tradisi Ducati merah/putih menyerlahkan ciri-ciri Ducati pada bilik itu.

 

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 09

Apa yang menarik, bilik itu dipenuhi dengan tulisan Ducati Corse dan turut diletakkan dibilik itu ialah patung lengkap dengan sut dan helmet lumba pasukan itu. Dan di bahagian dinding, turut diletakkan sebuah gambar yang menunjukkan juara dunia dari Ducati, Casey Stoner bersalaman dengan legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 10

Tidak lupa kepada peminat Harlistas, hiasan yang diberikan oleh hotel Al Plan juga menarik. Menggunakan warna tradisi hitam/putih dengan sentuhan jingga, di atas kepala katil diletakkan logo besar Harley-D.

Juga baca: LiveWire ONE dilancar, lebih murah dari 'saudaranya' Harley-Davidson LiveWire, hanya RM 92k!

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 11

Turut menjadi perhiasan adalah bahagian panel motosikal berkenaan termasuk tangki minyak, fender dan kerusi yang menggunakan pelana asli mitosikal berkenaan.

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 12

Selain bilik bertemakan tiga jenama berkenaan, Hotel Al Plan turut mempunyai muzium automotif dan bilik bertemakan beberapa lagi jenama termasuk jet pejuang.

 

Unik, hotel di Itali ini hasilkan 'suite' tema Vespa, Ducati, Harley-D 13

Tidak seperti di Malaysia terutamanya yang masih menutup sempadan antarabangsa, kebanyakan negara terutama di Eropah sudah membenarkan industri pelancongan dibuka malah perlumbaan elit MotoGP dan WSBK sudah pun boleh disaksikan peminat di litar.

Sumber: RideApart Sumber imej: FB Hotel Al Plan

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda