window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: "Kaki memang pijak brek", Honda Civic langgar kereta belakang tapi tak nak mengaku!

Haris ยท Jun 27, 2022 01:00 PM

Video:

Sudah menjadi lumrah manusia untuk lebih mudah menyalahkan faktor luaran berbanding melihat salah sendiri. Terbaru, seorang pemandu Honda Civic yang terlibat dalam satu kemalangan kecil dikatakan tidak mahu mengakui kesalahannya sendiri walaupun rakaman video 'dashcam' membuktikan sebaliknya.

Video yang dimuatnaik oleh Khaeir Amran menjadi tular di laman sosial kerana kapsyennya menceritakan situasi yang dialaminya apabila dilanggar secara mengundur oleh sebuah Honda Civic.

"Kak, kenapa lepas brek?" tanya mangsa selepas dilanggar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Tak lah, kaki memang pijak brek" balas pemandu wanita tersebut.

"Kak lain kali jangan leka main handphone, jangan (terlalu leka) ber-makeup di dalam kereta." ujar mangsa.

"Gear memang dekat D (Drive) tadi." pemandu wanita itu sekali lagi menafikan.

Rakaman yang dimuat naik oleh Khaeir terang-terangan menunjukkan bahawa pemandu Honda Civic tersebut melepaskan brek kerana lampu brek tidak menyala.

Video:

Dari kiri: Lampu brek tidak menyala, lampu brek menyala selepas terlanggar, pemandu keluar memeriksa kenderaan

Malah, kenderaan juga dipercayai berada dalam gear N (Neutral) lalu tayar bergolek ke arah belakang serta melanggar kenderaan mangsa.

Kebanyakan pemandu yang bersalah seboleh-bolehnya cuba untuk menafikan kesalahan dan jika ini dibawa ke muka pengadilan, ia akan menyulitkan lagi keadaan.

Oleh yang demikian, penggunaan perakam video papan pemuka atau dashcam sangat digalakkan bagi membuktikan bahawa mangsa berada di pihak yang benar.

Baca: Video: Lupa tarik 'handbrake' di Genting, bas persiaran mengundur langgar restoran dan 2 kenderaan lain!

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda