window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis

Khairil ยท Jun 22, 2022 03:30 PM

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 01

Tular di media sosial sebuah rakaman video satu kemalangan dan aksi pergaduhan membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kereta Toyota Vios yang dikatakan berlaku di Jalan Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

Susulan kejadian itu, polis ketika ini sedang mengesan penunggang motosikal yang terbabit bagi membantu kes berkenaan.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polis membuka kes siasatan membabitkan kejadian itu selepas pemandu kereta itu membuat satu laporan polis di Balai Polis Kampung Tawas, beberapa jam selepas insiden berlaku.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by VIRAL PERAK (@viralperak)

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pemandu kereta tersebut membuat laporan polis pada pukul 1.13 petang.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 01

Berdasarkan siasatan, kemalangan itu berlaku pada pukul 10.15 pagi pada hari sama dengan laporan polis dibuat dimana pengadu ketika itu dalam perjalanan dari arah pekan Ipoh ke Klebang Restu.

Yahaya berkata, kejadian itu dikatakan bermula selepas pemandu kereta membunyikan hon ke arah penunggang motosikal yang didakwa menunggang dalam keadaan berbahaya.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 02

“Tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki terbabit sebelum dia bertindak membaling batu ke arah kereta. Ini menyebabkan pemandu kereta memberhentikan kenderaannya dan berlaku sedikit kemalangan."

Mengulas lanjut, Yahaya berkata tiada pergaduhan berlaku antara pemandu kereta dan penunggang motosikal namun individu itu mengaku ada menolak penunggang motosikal seperti mana ditunjukkan dalam video tular.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 03

Malah, penunggang motosikal juga telah meminta maaf kepada pemandu kereta dan beredar dari lokasi kejadian tanpa membuat laporan polis.

Justeru, Yahaya berkata pihaknya ketika ini sedang mengesan penunggang motosikal yang terlibat untuk membantu siasatan dengan kes dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 04

Melihat kepada video kemalangan berkenaan, nampak dilihat pemandu kereta yang membuat laporan polis turut melakukan tindakan merbahaya apabila 'memancung' motosikal berkenaan di tengah jalan.

Video: Kes pemandu Toyota Vios dakwa dibaling batu, ingat dah 'setel' tapi jadi kes polis 05

Justeru, warganet yang melihat video berkenaan turut berharap penunggang motosikal yang dicari turut membuat laporan polis agar kes ini dapat disiasat dengan adil oleh pihak berkuasa.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda