window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Tengah sedap 'test power' depan Publika, terkejut trafik tiba-tiba sesak, sampai naik 'divider'

Faisal ยท May 10, 2022 12:00 PM

Video: Tengah sedap 'test power' depan Publika, terkejut trafik tiba-tiba sesak, sampai naik 'divider' 01

Tangkap layar.

Semalam, tertular satu rakaman dashcam milik seorang pemandu yang tengah layan memecut Mercedes-AMG C63 miliknya di kawasan naik bukit berhadapan Publika. Kalau diperhatikan betul-betul, pemandu itu mula memecut sebaik sahaja lampu simpang tiga bertukar ke hijau.

Tetapi kalau dalam keadaan mendaki, sesiapa sahaja pasti tidak nampak apa yang menunggu di hadapan sampailah melepasi sesuatu titik.

Situasi inilah yang berlaku pada pemandu tersebut yang mana sebaik sahaja menurun, terdapat kesesakan trafik yang diibarat muncul tiba-tiba. Pemandu tersebut dengan cepatnya memperlahankan kenderaan dan cuba mengelak daripada merempuh kereta-kereta itu sehingga ternaik ke pembahagi jalan belah kiri.

Video: Tengah sedap 'test power' depan Publika, terkejut trafik tiba-tiba sesak, sampai naik 'divider' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, tindakan beliau menimbulkan dua pendapat yang berbeza dalam kalangan netizen. Ada yang betul-betul memuji kecekapan pemandu tersebut yang bukan setakat brek tetapi cuba juga untuk mengelak daripada merempuh sebarang kenderaan. Senang kata, tindak balas pemandu itu memang pantas.

Video: Tengah sedap 'test power' depan Publika, terkejut trafik tiba-tiba sesak, sampai naik 'divider' 01

Pendapat lain pula mengutuk perbuatan pemandu itu kerana kawasan jarak penglihatan di kawasan naik bukit sudah pastinya terhad. Entah apa yang menunggu sebaik sahaja menurun. Tambahan pula, jalan di hadapan Publika itu pendek sangat untuk layan prestasi kereta.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda