window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Tiada kompromi, ambulans terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada ‘escort’ VIP

Haris · Dec 26, 2021 08:00 PM

Video: Tiada kompromi, ambulans terpaksa berhenti untuk beri laluan kepada ‘escort’ VIP 01

Situasi banjir menyaksikan banyak lapisan masyarakat yang ingin menyantuni mangsa banjir. Lapisan masyarakat tersebut juga tidak terkecuali golongan pemimpin negara, yang selalunya menggunakan khidmat pengiring dalam setiap lawatan, bagi memastikan pemimpin SENTIASA datang awal/tepat ke majlis.

Namun, suatu rakaman yang tular menyebabkan ramai yang mempersoalkan keutamaan jalanraya apabila rombongan pengiring dilihat memaksa sebuah ambulans memberi laluan kepada kenderaan VIP.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi seorang rakyat biasa, naluri kemanusiaan kita selalunya cenderung untuk memberi laluan kepada ambulans yang selalunya berada dalam kecemasan. Di Indonesia misalnya, rombongan Presiden Jokowi pernah menunjukkan contoh dengan memberi laluan kepada ambulans.

Baca: Kereta rasmi Presiden Jokowi beri laluan kepada ambulans, kasi ajar pemandu Indonesia degil!

Tapi wargamaya juga jangan terlalu cepat menilai. Hal ini kerana ambulans tersebut dilihat hanya membuka lampu kecemasan tanpa sebarang bunyi siren. Mungkin ambulans tersebut hanya sekadar melakukan rondaan. Atau mungkin sedang melakukan tugas pengangkutan untuk pesakit bukan kecemasan.

Hal ini menimbulkan satu persoalan: sekiranya ambulans tidak berada dalam kecemasan sebenar, adakah ambulans harus memberi laluan kepada rombongan VIP? Atau sebaliknya?  Berikan pendapat anda di ruangan komen.

Baca: Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda