window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Wanita Singapura 'mengamuk' cuba rosakkan dan halang Toyota Alphard di kini diburu PDRM!

Haris ยท Jul 11, 2022 11:00 AM

Video: Wanita Singapura 'mengamuk' cuba rosakkan dan halang Toyota Alphard di kini diburu PDRM! 01

Seorang wanita yang kini tular di laman sosial kerana cubaan merosakkan kenderaan lain disamping aksi menahan MPV besar tersebut dilaporkan dalam buruan polis Malaysia.

Menurut satu kenyataan media dari PDRM, dia kini dikehendaki polis Malaysia kerana melakukan khianat pada Sabtu (9 Julai) berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Johor Rahmat Ariffin berkata, pihak polis Malaysia masih mengenal pasti suspek, yang menaiki Kia Cerato berwarna merah dengan plat Singapura.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau dalam satu kenyataan berkata: “Ketika kejadian, mangsa yang menaiki kereta Toyota Alphard menukar lorong ke kanan dan telah mengikis sebuah Kia.

"Suspek kemudian memberhentikan kereta manakala seorang lelaki dan wanita berbangsa Cina turun. Lelaki itu menjerit kata-kata kotor dan membuat isyarat yang tidak senonoh (ke arah) mangsa, manakala wanita itu membuka plat kereta mangsa dan melemparkannya ke cermin depan mangsa."

Asisten Komisioner Polis Rahmat berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke Singapura dari Forest City di Johor.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mengalami sedikit kerosakan pada keretanya. Rakaman daripada kamera dashcam juga telah dirakamkan (sebagai bukti)," tambahnya.

Warga maya di Singapura dan Malaysia kini meminta pihak berkuasa supaya segera menangkap wanita dan lelaki tersebut kerana perbuatan khianat yang menyalahi undang-undang.

Sebagai pengajaran, mana-mana salah faham yang timbul di atas jalan raya perlu dihadapi dengan tenang serta dirujuk kepada pihak berkuasa. Tak guna menunjukkan amarah di atas jalan raya kerana sekiranya dirakam, ia akan memburukkan keadaan terhadap kita.

Baca: Video: Honda Jazz cuba menyelit antara treler tapi tergesel, pemandu marah siap turun kereta bagi amaran!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda