window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wee: "Jangan sampai kami terpaksa kawal" - Syarikat e-hailing disiasat jika langgar had surcaj 200%

Mersita · May 25, 2022 05:30 PM

Wee:

Beberapa syarikat penyedia e-hailing disiasat atas kemungkinan melanggar had surcaj 200 peratus yang ditetapkan untuk mereka susulan aduan diterima berhubung kenaikan kadar tambang yang naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya tidak memihak kepada e-hailing dan mengakui alasan diberi oleh syarikat e-hailing tidak masuk akal.

“Mereka memberi alasan kepada media bahawa permintaan meningkat setelah kelulusan pengeluaran khas KWSP diberi, dan sebab kedua berkaitan kekurangan pemandu. Apa kaitannya dengan pengeluaran KWSP RM 10 ribu?” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wee:

Menurutnya, semasa dasar untuk e-hailing dibuat oleh kerajaan terdahulu, kerajaan memberi kelonggaran kepada syarikat e-hailing yang dikenalpasti sebagai ekonomi gig. Difahamkan, syarikat e-hailing yang menggunakan konsep ekonomi gig boleh mengenakan surcaj ini mengikut ‘dynamic pricing’ dan kadar permintaan pelanggan.

“Jika dilihat dari segi tambang, tambang asas e-hailing adalah 70 sen hingga 90 sen bagi setiap satu kilometer. Bagi teksi pula, tambang asasnya ialah RM 1.25. Tapi, untuk e-hailing, mereka diberi kelonggaran secara khusus untuk mengenakan cas tambahan/surcaj. Had surcaj tidak boleh melebihi 200 peratus daripada tambang asas,” jelasnya dalam satu sidang media bersama Prasarana hari ini.

Wee:

“APAD diminta untuk menyiasat samada mereka melanggar peraturan ini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, syarikat e-hailing diwajibkan untuk melengkapkan pemandu mereka dengan lesen vokasional PSV bagi melindungi keselamatan orang ramai.

Juga baca: Tambang Grab mahal, pengguna mula ambil teksi untuk elak ‘harga kayangan'

Wee:

“Kita sedia maklum, semasa pandemik orang yang kehilangan kerja seperti juruterbang pun terpaksa jadi pemandu e-hailing. Tiba-tiba, kita sudah bergerak ke fasa endemik dan pemandu masing-masing kembali ke pekerjaan asal. Itulah sebabnya ada kelompongan dalam jumlah pemandu.

“Tapi, apakah ini yang menyebabkan harga tambang e-hailing naik? Inilah sebabnya kita siasat. Jangan sampai satu hari nanti, kerajaan terpaksa kawal selia perkara ini,” tegasnya.

Menurutnya, jika syarikat e-hailing dapat dibuktikan menaikkan kadar tambang sehingga melangkaui had surcaj, lesen mereka boleh digantung. Pengguna juga digalakkan untuk memberi bukti jika benar kadar tambang terdahulu (sebelum PKP) jauh lebih rendah berbanding tambang yang ditawarkan kini.

Juga baca: Syarikat e-hailing beri penjelasan tambang mahal, dan inilah alasan yang diberi

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda