window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam!

Khairil ยท Jun 7, 2021 01:00 PM

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 01

Dijual pada tanda harga 500,000,000 VND atau kira-kira RM 89,725. Itulah nilai sebuah Yamaha 125ZR berwarna hitam dari Malaysia dan berstatus (NOS - New Old Stock) yang diiklankan untuk dijual di Vietnam.

Juga baca: Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!

Sebagai motosikal kapcai antara paling popular dan 'panas' di mana pengeluarannya sudah pun dihentikan, Yamaha 125ZR sememangnya cukup mendapat perhatian ketika ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 01

Dan bagi berstatus NOS, yang bermakna motosikal sejak dibeli langsung tidak pernah digunakan dan hanya disimpan sebaik yang mungkin, tahap 'rare' jentera itu berlipat kali ganda.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 02

Berbalik kepada cerita mengenai Yamaha 125ZR NOS yang dijual di Vietnam, ia dikatakan adalah keluaran tahun 2013 dan dipercayai dari Malaysia, memetik laporan MotoSaigon.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 03

Pemiliknya, Nguyen Cuong, sebelum ini pernah menjual sebuah Suzuki RG Sports tahun 2002 pada harga RM 140k.

Juga baca: Yamaha RX-Z versi baharu di Malaysia. Realiti atau sekadar spekulasi liar?

Seperti motosikal NOS lain, Yamaha 125ZR tahun 2013 itu tidak pernah diisi petrol, tidak pernah ditunggang dan dijaga dengan amat baik.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 04

Selain Yamaha 125ZR NOS berwarna hitam ini, Nguyen Cuong dikatakan turut memiliki Yamaha 125ZR GO model 2004 dan Movistar edisi terhad dengan nombor siri 3555/5000 dalam simpanannya.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 05

Daripada perincian yang disertakan pada motosikal ini, model berkenaan dipercayai dibuat di Malaysia kerana buku panduannya menggunakan bahasa Melayu.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 06

Sebagai info, Yamaha 125ZR di Malaysia ditamatkan pengeluarannya oleh pengedarnya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada April 2016.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 07

Begitupun, berikutan populariti motosikal berkenaan, versi Movistar MotoGP dilancarkan pada Julai 2017 dengan harga asas RM8,846.

Yamaha 125ZR (NOS) dari Malaysia ini dijual pada harga hampir RM 90k di Vietnam! 08

Jika melihat kepada pasaran 125ZR terpakai di Malaysia ketika ini, boleh dikatakan harganya sudah mulai melambung. Jadi, adakah berbaloi untuk menghabiskan duit yang banyak untuk motosikal ini, hanya 'yang kenal barang' saja mengetahuinya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda