window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo

Khairil ยท Jun 27, 2021 09:00 PM

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo 01

Monster Yamaha MotoGP akan mengharungi rehat musim panas dengan senyuman yang lebar selepas kedua-dua pelumbanya, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales menakluk podium di GP Belanda, hari ini.

Juga baca: Yamaha, Quartararo henti dominasi Ducati di GP Itali yang penuh emosi!

Quartararo pastinya paling gembira apabila pelumba Perancis itu meraih kemenangan keempatnya pada musim ini dengan rakan sepasukannya, Vinales terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo 01

Juara dunia 2020 dari Suzuki, Joan Mir melengkapkan kedudukan podium.

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo 02

Joan Mir (kiri), Quartararo (Tengah) dan Vinales

Sekalipun memulakan perlumbaan di petak pertama dan kedua, permulaan saingan tidak begitu baik buat kedua-dua pelumba Yamaha berkenaan apabila mereka bergesel di awal perlumbaan yang menyaksikan Vinales jatuh ke kedudukan keempat.

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo 03

Begitupun, Quartararo yang kekal di kedudukan kedua akhirnya berjaya memimpin perlumbaan pada pusingan keenam dan tidak lagi menoleh ke belakang untuk melepasi garisan penamat sebagai juara.

Ketika sidang media, Quartararo mengakui keadaan dirinya tidak 100 peratus cergas apabila merasa kesakitan di lengan kanannya namun ia menjadikan kemenangan itu lebih istimewa.

Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo 04

"Saya amat gembira. Kelajuan yang kami miliki hebat tetapi saya tidak merasa begitu bagus sebenarnya," kata Quartararo.

"Kemenangan seperti ini menakjubkan. Pasukan melakukan kerja yang menakjubkan. Dan meraih kemenangan 1,2 dengan Vinales, tiada cara yang lebih baik untuk mengharungi rehat dengan cara seperti ini.

"Saya merasa sedikit sakit di tangan saya. Tetapi saya tidak akan berhabis-habisan jika ia tidak perlu. Jadi saya kekalkan kelajuan. Hebat untuk mendapat rehat selama 5 minggu dan berharap untuk kembali dengan keadaan lebih baik di Austria."

Begitupun, GP Belanda boleh dianggap sesuatu yang mengecewakan buat pasukan negara, Petronas Yamaha SRT apabila tiada pelumbanya menamatkan saingan dalam kedudukan mata.

Pelumba legenda, Valentino Rossi tidak menamatkan perlumbaan selepas mengalami kemalangan manakala pelumba gantian, Garrett Gerloff menamatkan saingan di kedudukan ke-17.

Dalam saingan Moto2, kekecewaan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertarusan apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-23.

Sumber imej: Facebook MotoGP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda