Mamak Talk
Rebiu Pemilik: Subaru Forester 2018 2.0 NA saya – ada kelasnya yang tersendiri
423
Berikutan Op Kenderaan Klon yang dijalankan pada rabu yang lalu, 3 individu ditahan kerana memiliki kereta klon yang dibawa masuk dari Singapura.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, pemilik Honda Civic yang berumur 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Banting. Pemeriksaan mendapati nombor casis dan enjin kereta tersebut didaftarkan atas sebuah kenderaan lain.
Selain itu, pihak polis turut menyerbu sebuah bengkel di Kajang dan menahan warna Indonesia yang berumur 29 tahun. Pemeriksaan di tempat itu berjaya mengenal pasti kereta Audi A4 yang telah diklonkan. Pada masa yang sama, mereka juga menemui sebuah kereta Mini Cooper S milik seorang wanita yang menghantar untuk dibaiki selain dijual. Wanita yang berusia 36 tahun itu ditahan di Negeri Sembilan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
0