window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k!

Haris · May 13, 2022 05:00 PM

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 01

Lexus Malaysia baru sahaja melancarkan Lexus NX 2022 generasi kedua yang serba baharu di Malaysia. Tempahan untuk model itu telah dibuka hujung bulan lalu sebelum dirasmikan semalam. Sama seperti sebelum ini, crossover mewah kompak itu diimport (CBU) dari Jepun.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 02

Kedua-dua varian Lexus NX di Malaysia adalah AWD

Semasa pelancaran, dua varian tersedia untuk jualan: Lexus NX 250 Luxury dan Lexus NX 350 F-Sport. Harga bermula dari RM 370,888 untuk varian dengan enjin aspirasi semula jadi, manakala enjin turbo berharga RM 389,888.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 03

Enjin turbo Lexus NX 350

Seperti namanya, Lexus NX 250 mendapat enjin 4-silinder 2.5 liter aspirasi semula jadi petrol yang menghasilkan 206 PS dan 243 Nm. Meningkat satu varian dan tahap ialah Lexus NX 350, yang dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.4 liter pengecas turbo petrol, menghamburkan sehingga 279 PS dan 430 Nm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 01

Kedua-dua enjin disambungkan kepada transmisi automatik penukar tork 8-kelajuan Direct Shift dari Toyota, memacu keempat-empat roda.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 02

Lexus NX 2022 kini dalam generasi kedua dan dibangunkan pada platform Lexus Global Architecture K (GA-K), sama seperti Toyota Harrier dan Toyota RAV4.

Baca: Kemunculan Lexus NX 2022 serba baharu pada 12 Jun: dijangka berkongsi enjin & platform TNGA Harrier

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 03

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 04

Lampu LED mungkin sudah tiba pada model marhaen justeru lampu LED pada tentulah Lexus NX 2022 dipertingkatkan bagi setaraf dengan statusnya. Pada bahagian hadapan, rangkaian Lexus NX 2022 serba baharu mendapat lampu depan projektor LED 3 pancaran ultra-nipis dengan pelarasan automatik. Lampu selekoh LED dan lampu kabus hadapan LED turut ditawarkan.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 05

Perbezaan visual antara NX 250 dan NX 350 termasuk gril hadapan, di mana gril ini mendapat Spindle Grille tandatangan eksklusif F Sport dengan reka bentuk L-mesh yang saling mengunci. Cermin sisi NX 350 disiapkan dalam warna Jet Black, manakala acuan lengkungan roda disudahi dalam warna badan.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 06

Kedua-dua varian Lexus NX di Malaysia memakai roda aloi 20-inci, walaupun dengan kemasan berbeza. NX 250 mendapat roda berwarna Dark Grey Metallic, manakala NX 350 mendapat unit berwarna Super Gloss Black.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 07

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 08

Melangkah masuk ke dalam, perubahan utama antara kedua-dua varian termasuk trim aluminium F Sport Dark Spin, pedal F Sport Aluminium, tempat duduk F Sport dan stereng F Sport dibalut kulit dengan sentuhan taktil bertitik. Ciri dua terakhir adalah eksklusif untuk NX 350.

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 09

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 10

Tugas-tugas hiburan infotainment diuruskan oleh skrin 14-inci yang besar, dengan sokongan terbina dalam untuk Apple CarPlay nirwayar dan Android Auto. Bunyi dibawa melalui sistem audio dengan susunan 10 pembesar suara. 3 port USB-C bertaburan di seluruh kabin untuk tujuan pengecasan.

Baca: Saiz skrin kini ciri mewah apabila 2022 Lexus NX acah sistem infotainment terbesar dalam kelasnya!

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 11

Ciri keselamatan disokong oleh 7 beg udara, Front Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA) dengan Lane Departure Alert (LDA), Adaptive High-Beam System (AHS), serta akhir sekali Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k! 12

Pilihan warna untuk Lexus NX 250 2022 termasuk Sonic Titanium, Sonic Chrome, Graphite Black Glass Flake, Madder Red, Blazing Carnelian dengan Contrast Layering, serta Terrane Khaki Mica Metallic.

NX 350 F Sport yang lebih sporty mendapat dua lagi warna eksklusif, iaitu: White Nova dengan Glass Flake serta Heat Blue dengan Contrast Layering.

Baca: Ramai teruja dengan enjin 2.4 Turbo pada Lexus NX serba baharu - dari RM 370k, juga dalam 2.5 NA!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda