window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol

Zamil Syaheer · Mar 14, 2022 08:30 PM

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 01

Selepas menembusi beberapa pasaran utama di Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand dan Filipina, persinggahan seterusnya untuk Lexus NX 2022 serba baharu ialah Indonesia. Nampaknya rakyat Malaysia perlu menunggu lebih lama lagi.

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 02

NX 350h Luxury

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Lexus NX generasi kedua dilancarkan di Nusantara pada Gaikindo Jakarta Auto Week 2022 (GJAW 2022) yang berlangsung dari 12-Mac hingga 20-Mac. Lexus mempamerkan NX 350h dan NX 450h+ tetapi hanya yang NX 350h yang dilancarkan di Indonesia dengan dua varian:

  • Lexus NX 350h Luxury – IDR 1.339 bilion (~RM 390k)
  • Lexus NX 350h F Sport – IDR 1.385 bilion (~RM 406k)

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

NX 450h+ dikuasakan oleh sistem hibrid plug-in (PHEV) 2.5 liter dengan output gabungan 306 PS dan 227 Nm. Sementara itu, NX 350h dikuasakan oleh sistem hibrid penuh 2.5 liter yang menghasilkan 242 PS dan 239 Nm.

Baca juga: Lexus NX 2022 serba baharu; enjin 2.4L turbo, model hibrid 'plug-in' pertama Lexus

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 01

Tidak ditunjukkan di GJAW 2022 tetapi ia disenaraikan di laman rasmi Lexus Indonesia

Selain varian hibrid, Lexus Indonesia turut membawa masuk NX 250 Luxury berkuasa petrol tetapi harga masih belum diumumkan. NX 250 dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.5 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 199 PS dan 249 Nm.

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 02

NX serba baharu ialah model elektrik terkini dalam barisan Lexus Indonesia yang menyertai UX 250h dan UX 300e serta ES 300h dan LS 500h.

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 03

Walaupun ianya kelihatan hampir sama dengan NX generasi terakhir, tetapi ia memang serba baru, menggunakan platform TNGA-K yang dikongsi dengan Toyota RAV4 dan Toyota Harrier (dua SUV dengan jualan yang sangat berbeza di Malaysia).

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 04

Interior NX 350h Luxury

Varian NX 350h berspesifikasi Indonesia berkongsi rangkaian trenkuasa yang sama seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini dalam artikel dan perbezaannya ialah cirinya. Selain trim dan roda yang lebih sporty, F Sport juga didatangkan dengan suspensi boleh ubah suai (AVS) yang menjanjikan keselesaan tunggangan yang sangat baik walaupun ketika memandu melalui jalan yang teruk.

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 05

Ciri keselamatan yang didatangkan sebagai standard pada varian NX 350h termasuk Kawalan Pelayaran Radar Dinamik (DRCC), Sistem Pra-Perlanggaran, Bantuan Jejak Lorong dan 10 beg udara.

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 06

Imej kredit: Tan Tze Hann di Facebook

Berikutan penampilan pertama Lexus NX di Indonesa, adakah ia bakal dilancarkan di Malaysia selepas ini? Lagipun tempoh hari kita dah nampak satu kat jalan raya.

Baca juga: Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat!

Lebih awal dari Malaysia, Lexus NX 2022 serba baru dilancarkan di Indonesia dengan varian hibrid dan petrol 07

Bagi penjana kuasa, kemungkinan Lexus Malaysia akan menawarkan kedua-dua unit petrol 2.4 liter pengecas turbo yang baharu dibangunkan (279 PS/430 Nm) dan 2.5 liter aspirasi natural. Varian hibrid boleh dibeli hanya berdasarkan pesanan khas, sama seperti model Lexus terdahulu.

Baca juga: Lexus NX 2022 serba baru bakal dilancarkan di Malaysia, boleh mendapat enjin 2.5 NA & 2.4 Turbo

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda