window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat!

Faisal · Mar 4, 2022 05:00 PM

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 01

  • Lexus NX 2022 generasi baharu diintip di tanah air
  • Akan datang sebagai model CBU dari Jepun
  • Pilihan trenkuasa masih belum dapat dipastikan

Sebuah gambar Lexus NX generasi baharu di perkarangan Malaysia nampaknya sedang hangat tertular di media sosial sekarang. Secara tidak langsung, intipan ini menandakan bahawa SUV premium Lexus itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Ia juga akan datang sebagai model import CBU dari Jepun.

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 02

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi teknikal, Lexus NX generasi kedua dibangunkan berasaskan platform TNGA-K, iaitu platform sama yang diguna pada Toyota Harrier dan RAV4.

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 01

NX 450h+ menggunakan sistem e-four AWD yang mana tayar belakang dikuasakan oleh motor elektrik.

Secara global, Lexus NX serba baharu tampil dengan pilihan trenkuasa berikut:

  • 2.5L NA, A25A-FKS (NX 250): 199 PS
  • 2.5L hibrid, A25A-FKS + THS II (NX 350h): 242 PS
  • 2.4L turbo, T24A-FTS (NX 350): 279 PS (baru)
  • 2.5L hibrid plug-in, A25A-FKS + THS II Plug-in (NX 450h+): 306 PS (baru)

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 02

NX 350h menggunakan trenkuasa hibrid.

Apapun, masih belum dapat dipastikan trenkuasa mana yang bakal ditawarkan pada Lexus NX 2022 di pasaran kita nanti.

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 03

Buat masa ini, Lexus NX generasi sedia ada berharga di antara RM 306,117 ke RM 339,018. Tetapi dengan enjin berkapasiti 2.4L dan 2.5L, harga Lexus NX generasi baru di Malaysia nanti pasti akan meningkat kerana struktur cukai import dan eksais di negara kita adalah berpandukan kapasiti enjin.

Spyshot: Lexus NX 2022 serba baharu diintip di Malaysia, pelancaran dalam masa terdekat! 04

Untuk model hibrid dan hibrid plug-in pula, sistem percukaian negara kita juga akan melonjakkan lagi harga tinggi yang ditawarkan buat kedua-dua varian tersebut.

Juga bacaLexus NX 2022 serba baharu; enjin 2.4L turbo, model hibrid 'plug-in' pertama Lexus

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda