window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit...

Zamil Syaheer · May 1, 2022 10:00 AM

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 01

Lexus NX untuk pasaran Singapura
  • Lexus NX 2022 serba baru kini berada di Malaysia, tetapi anda tidak boleh memandunya
  • Terdapat beberapa bahagian yang hilang
  • Apa yang terjadi kepada Lexus NX ini?

Akhirnya, Lexus NX 2022 berasaskan platform TNGA serba baru telah mendarat di Malaysia, tetapi ia bukan seperti apa yang anda fikirkan.

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 02

Seperti dilihat di laman Facebook Latest Auto Parts Sdn Bhd, sebuah 'halfcut' Lexus NX telah tiba di Malaysia secara rasmi. Macam CKD pun ada juga.

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Unit khusus ini ialah varian NX 250, seperti yang terbukti dari plak model pada pintu belakang. Enjin aspirasi natural ini menghasilkan 206 PS dan 243 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan.

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 01

Bercakap mengenai enjin, sekilas pandang, ruang enjin NX tertentu ini kelihatan kasar. Walaupun kotak enjin dan penapis udara kelihatan utuh, perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk perkakasan yang lain. Takungan bendalir brek, kotak fius, dan ECU tidak ada.

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 02

Walaupun beberapa bahagian enjin hilang, panel badan NX 250 ‘halfcut’ ini kelihatan utuh, termasuk bampar hadapan, pintu, bampar belakang dan pintu belakang.

Macam mana 'halfcut' boleh sampai dahulu?

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 03

Pada masa ini, sukar untuk mengatakan apa sebenarnya yang berlaku kepada Lexus NX ini. Memandangkan badan panel badan agak utuh, kami rasa ia tidak terlibat dalam kemalangan.

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 04

Mercedes-Benz S-Class W223 pertama kali ditemui di salah satu kedai potong di China

Penjelasan yang paling logik - Lexus NX 250 ini ialah unit pra-pengeluaran. Sebelum meletakkan model baharu ke dalam pengeluaran bersiri, para pengeluar kenderaan biasanya akan melakukan ujian percubaan dengan unit pra-pengeluaran untuk menentukur alat mesin, melakukan ujian kesesuaian, dan sebagainya.

Beberapa kereta pra-pengeluaran peringkat kemudian boleh diperbaharui dengan alat ganti kereta pengeluaran dan didaftarkan sebagai kereta syarikat, tetapi kereta peringkat awal biasanya akan dihancurkan kerana ia tidak mempunyai VIN (IC sesebuah kereta) dan oleh itu ia tidak sah di jalan raya.

Ini sama dengan cerita sebuah prototaip W223 Mercedes-Benz S-Class yang dikesan di China.

Bagaimana pula dengan Lexus NX yang sah di jalan raya untuk Malaysia?

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 05

Bukan Honda HR-V serba baru

Lexus Malaysia baru sahaja mengumumkan pembukaan tempahan rasmi Lexus NX tempoh hari. Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu NX 250 Luxury dari RM 370,888, dan NX 350 F Sport dari RM 389,888. Kedua-dua adalah harga diatas jalan, tanpa insurans, dan termasuk SST.

Baca juga: Lexus NX 2022 yang bakal Malaysia terima raih markah ujian kemalangan IIHS Amerika tertinggi!

Sampai lebih awal? Lexus NX 2022 CKD akhirnya tiba di Malaysia, tetapi yang ini unik sikit... 06

Photo credit: Tan Tze Hann on FB

Kedua-dua varian dikuasakan oleh 2 unit enjin berbeza dengan model Lexus NX 250 ditawarkan dengan enjin 2.5 liter aspirasi semulajadi (206 PS/243 Nm) manakala Lexus NX 350 F Sport tersedia dengan enjin 2.4 liter turbocaj (279 PS/430 Nm). Mana-mana varian sekalipun enjin akan tetap dipadankan dengan transmisi automatik Direct-Shift 8-kelajuan dengan kawalan anjakan AI.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut disini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda