window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba!

Haris ยท Nov 2, 2022 07:00 PM

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 01

Selepas berbulan-bulan diacah di sekitar 16 bandar di Indonesia, Honda WR-V generasi kedua 2023 serba baharu akhirnya membuat penampilan sulung global di Nusantara. Berbeza dengan Honda WR-V generasi pertama yang kelihatan seperti Honda Jazz dalam bentuk SUV, model baharu ini kelihatan seperti sebuah SUV kompak yang dibangunkan sepenuhnya.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 02

Model yang bakal menjadi penglibatan terbaru Honda dalam pasaran SUV kompak yang menguntungkan, Honda WR-V baharu ini bersaiz sesuai seperti pesaingnya, Toyota Raize / Daihatsu Rocky / Perodua Ativa. SUV kompak ini juga akan berharga dekat dengan pesaing tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 01

Terdapat 3 varian ditawarkan oleh Honda WR-V serba baharu di Indonesia iaitu:

  • Honda WR-V 1.5 E โ€“ IDR 271.9 juta (~RM 82.5k)
  • Honda WR-V 1.5 RS โ€“ IDR 289.9 juta (~RM 88k)
  • Honda WR-V 1.5 RS + Honda Sensing โ€“ IDR 309.9 juta (~RM 94k)

Harga Honda WR-V RS agak kompetitif dengan Rocky/Raize spesifikasi tertinggi di Indonesia varian teratas sekitar IDR 283 juta (~RM 86k).

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 02

Dibangunkan berdasarkan Honda BR-V baharu yang turut membuat penampilan pertama global di Indonesia tahun lepas, Honda WR-V mempunyai penampilan tersendiri berbanding adik beradik 7-penumpangnya.

Honda WR-V pertama kali dipertontonkan sebagai Honda SUV RS Concept yang diperkenalkan pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021.

Baca: Bakal pesaing Ativa, Honda SUV RS Concept terus menguji minat pembeli dengan pameran terbuka!

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 03

Honda WR-V mewakili SUV paling kecil dalam barisan produk Honda dan disasarkan kepada pembeli muda yang Honda panggil "generasi hustler". Selain itu, dalam gaya tipikal Honda, akronim WR-V adalah singkatan kepada "Winsome Runabout Vehicle" dan Honda jelas mahu win some lose some memenangi pembeli muda dengan SUV terbaharu dan terkecilnya itu.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 04

Walaupun bersaiz yang kompak, Honda WR-V mendakwa mempunyai jarak kelegaan tanah tertinggi (220 mm) dan volum but terbesar (380 L) dalam kelasnya. Honda mendakwa but itu cukup besar untuk memuatkan sehingga 5 beg pakaian besar atau sepasang beg golf tanpa perlu melipat tempat duduk.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 05

Ketiga-tiga varian Honda WR-V tersedia dalam satu pilihan enjin semasa pelancaran - enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm yang paling berkuasa dalam kelasnya. Enjin yang sama ini juga ditawarkan pada Honda BR-V baharu.

Sebagai konteks, model pesaing Raize/Rocky/Ativa dengan enjin 1.0 liter turbocaj hanya menghasilkan 98 PS/140 Nm.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 06

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 07

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT dengan G-design shift  atau kawalan pertukaran "gear" yang menjanjikan kecekapan sehingga 4% lebih baik berbanding CVT jenis lama sambil turut menawarkan peralihan yang lebih lancar ketika memecut dan memperlahankan.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 08

Melangkah masuk dan Honda WR-V baharu terasa mirip seperti Honda BR-V. Bagi ciri-ciri kelengkapan, SUV kompak Honda ini dilengkapi dengan ciri-ciri berikut sebagai standard:

  • Butang penghidup mula
  • Pelaran stereng atas bawah (tiada teleskopik)
  • Penghidup enjin jarak jauh
  • Sistem infotainment skrin sesentuh 7-inci dengan Apple CarPlay and Android Auto
  • Kamera pandang belakang
  • Penyaman udara digital

Baca: Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 09

Varian RS menambah tempat duduk kulit (fabrik untuk varian E), 6-pembesar suara (4 pada varian E), rim aloi 17-inci (16-inci pada E), pendingin hawa automatik, cermin lipat automatik, lampu depan LED sepenuhnya, dan kunci automatik apabila melangkah pergi.

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 10

Kedua-dua varian asas E dan RS standard dilengkapi dengan 4 beg udara manakala varian RS dengan Honda Sensing menambah jumlah itu kepada 6 sambil menambah Honda LaneWatch dan Honda Sensing ADAS yang terdiri daripada:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane-Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation System (RDM)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  • Auto High Beam (AHB)

2023 Honda WR-V baharu debut global - dari RM 83k, pesaing Ativa dah tiba! 11

Dengan SUV kian mengatasi jualan MPV di Indonesia pada setakat ini tahun 2022 dan pasaran SUV kompak semakin hangat, mungkinkah Honda WR-V serba baharu akan menjadi model terlaris Honda di Indonesia?

Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi bila Honda WR-V akan tiba di Malaysia tetapi jika benar, tiba masanya Perodua Ativa duduk di laluan kiri dan jangan lagi mencucuk.

Baca: Jaga-jaga Perodua Ativa, produksi Honda WR-V 2023 di Indonesia mungkin mula seawal Disember 2022

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda