Mamak Talk
[COTY - Family Car of 2020] Show your choice!
56
Dilancarkan pada bulan September yang lalu, Nissan Almera Turbo 2020 yang baru ini merupakan ‘game changer’ kepada Nissan di Malaysia. Jika sebelum ini produk Nissan agak hambar dan sedikit ketinggalan berbanding pesaing besarnya iaitu Toyota dan Honda, Almera baru ini ingin merubah tanggapan anda terhadap Nissan.
Oleh sebab itulah, ianya tersenarai sebagai calon Kereta Tahun 2020 WapCar - BM. Jadi, apakah serba serbi yang membuatkan Almera ini satu pakej yang menarik berbanding Honda City ataupun Toyota Vios, pesaing utama dalam segmen ini?
Berbanding Nissan Almera yang terdahulu, perbezaannya amat ketara – langit dan bumi.
Perubahan reka bentuk luaran dan dalaman serta trenkuasa yang baru ini bukan gimik atau hanya “tukar kulit”. Tidak, kerana Nissan telah memberi fokus yang lebih kepada pengalaman pemanduan, talaan suspensi, tahap keselesaan, serta menjadikannya selamat dan efisyen.
Penggunaan enjin 1.0 liter turbo dengan 100 PS dan 152 Nm tork untuk sebuah sedan adalah satu perkara yang janggal. Maklumlah, selalu enjin berseseran serendah ini digunakan oleh Perodua Axia. Ini menimbulkan persoalan ini di mulut kebanyakkan orang - “1.0 liter je, boleh gerak ke Almera ni?”
Jawapannya – ya, boleh tanpa sebarang masalah! Malah ia mampu mengekalkan kelajuan yang lebih dari had laju kebangsaan dengan mudah.
Tambahan pula, ia menjimatkan minyak (5.8 liter/100km pada ujian kami, lebih jimat berbanding pesaingnya) dan juga cukai jalan anda! Inilah bukti kehebatan serta betapa maju teknologi moden pada masa kini.
Kalau dahulunya pengalaman pemanduan Almera boleh dikatakan agak bosan, kali ini ianya sebuah sedan yang sangat seronok untuk dipandu. Ia mampu mengambil selekoh tanpa olengan badan yang ketara dan tidak ‘gemuruh’.
Nissan telah menala sistem suspensi Almera ini dengan memberikan sedikit perwatakan sporty, jadi ianya sedikit keras tetapi masih lagi selesa di bandar mahupun lebuh raya.
Penggunaan tempat duduk Zero Gravity serta kabin yang luas lagi senyap menaikkan lagi tahap keselesaan pada Almera Turbo ini.
Tahukah anda, Almera untuk pasaran Malaysia mempunyai lebih banyak penebat bunyi berbanding model dari Thailand?
Perincian yang diperhalusi turut merangkumi enjin 3 silinder. Walaupun terkenal dengan gegaran, enjin 3 silinder pada Nissan Almera Turbo tidak memberikan sebarang gegaran yang ketara pada stereng ataupun pedal minyak.
Perbandingan Enjin | |||
Model | Honda City | Nissan Almera | Toyota Vios |
Enjin | 1.5 liter NA | 1.0 liter Turbo | 1.5 liter NA |
Silinder | 4 | 3 | 4 |
Kuasa kuda | 121 PS | 100 PS | 107 PS |
Tork | 145 Nm | 152 Nm | 140 Nm |
Kalau tak gempak, mestilah Nissan Almera Turbo ini tidak tersenarai dalam pilihan Kereta Tahun 2020 WapCar – BM, betul tak?
Seperti yang kami nyatakan pada permulaan artikel ini, Nissan Almera Turbo baru ini merupakan sebuah produk ‘game changer’ baik kepada Nissan mahupun sedan segmen B itu sendiri.
Ianya satu-satunya sedan segmen B yang dikuasakan dengan enjin turbo dan mempunyai rupa luaran yang seakan-akan sedan segmen C.
Model/Varian | Honda City | Nissan Almera | Toyota Vios |
Asas | S - RM 74,191 | VL - RM 79,906 | J - RM 74,623 |
Pertengahan | E - RM 81,664 | VLP - RM 85,715 | E- RM 82,593 |
Tinggi | V - RM 86,561 | VLT - RM 91,310 | G - RM 87,584 |
Senang cerita – gaya ada, trenkuasa mantap, bab keselamatan cun, dan kabin yang luas serta senyap. Namun, anda kena tahu bahawa harganya sedikit mahal baik dari varian aras mula sehinggalah tertinggi.
Tetapi kami dari WapCar sangat menyukai kereta ini, termasuklah saya sendiri! Disebabkan itulah Nissan Almera Turbo 2020 layak menerima anugerah Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020).
Kami tak mahu syok sendiri, anda tentukan! Jika anda bersetuju, undi model ini di laman undian WapCar yang sudahpun dibuka sejak 18 Disember 2020.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
22