Mamak Talk
VW Golf GTI Mk6 and Mk7, which is a better buy? Which among this is the best GTI?
39
Selama 7 generasi, VW Golf GTI telah menjadi pilihan utama buat kategori hothatch. Sepanjang pengeluaran, hothatch dari Jerman ini menggabungkan aspek prestasi dan praktikal di dalam pakej yang cukup menawan. Apa yang menarik buat generasi Mk8 ini ialah ia akan menjadi Golf GTI pertama yang dipasang tempatan (CKD). Jadi, apakah yang boleh jangkakan dari hothatch padu generasi ke-8 ini? Mari kita selami sama-sama.
Sebagai perbandingan, VW Golf GTI Mk7.5 yang diimport berharga RM 240k. Umumnya, kereta yang dipasang tempatan berharga lebih murah. Mengikut ramalan kami, Golf GTI Mk8 CKD mungkin berharga sekitar RM 220k.
Sekilas pandang, ia kelihatan seperti sebuah Volkswagen Golf GTI yang kita kenali. Jika dilihat dengan lebih terperinci, Golf GTI Mk8 hadir dengan wajah yang baru. Ia turut menampilkan lampu matriks LED IQ yang melengkapi kemasan gril yang boleh menyala.
Pada bahagian belakang, Golf GTI Mk8 masih mengekalkan identiti sebuah Golf GTI melalui susunan ekzos di kiri dan kanan. Antara sentuhan yang diperbaharui ialah lampu, reka bentuk bampar, dan lencana GTI yang beralih ke tengah. Pilihan reka bentuk roda yang baru juga hadir buat Golf GTI Mk8.
Pada bahagian dalam, Golf GTI Mk8 menampilkan pemahaman yang cukup moden. Selain kluster instrumen Digital Cockpit, ia juga hadir dengan sistem infotainment sesentuh Discover Pro 10.25 inci.
Di samping itu, bahagian kabin pada Golf GTI Mk8 dihiaskan dengan reka bentuk stereng yang baru dan kerusi sports GTI. Walaupun Golf GTI sinonim dengan kerusi fabrik ‘Tartan’, pasaran Malaysia sering menggunakan kerusi kulit. Sebenarnya, spesifikasi sebegini sudah diterapkan sejak Golf GTI Mk5 lagi.
Semestinya. Golf GTI Mk8 2021 masih dikuasai oleh enjin 2.0L EA888 yang sekarang di generasi Evo 4. Kini, ia menghasilkan 245 PS dan 370 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula dapat dilakukan sepantas 6.2 saat. Untuk pasaran Malaysia, pembeli bakal ditawarkan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac basah (DSG). Ciri seperti differential mekanikal yang baru pula mungkin hadir buat pasaran Malaysia.
Untuk Golf GTI Mk8, Volkswagen telah menerapkan pelbagai teknologi yang moden. Antaranya ialah:
Golf GTI Mk8 2021 akan dipasang secara CKD di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang. Kami tidak sabar menantikan kehadiran generasi terbaru buat hot hatch yang cukup ikonik seperti ini. Pada masa yang sama, kami berharap bahawa ia akan dilancarkan dalam tempoh dimana pengecualian cukai SST masih sah supaya harganya lebih menarik buat peminat permotoran.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3