Baru semalam paten Honda HR-V 2021 serba baru tertiris. Sementara menunggu debut global pada minggu depan (18 Februari), kami telah mengenakan warna pada paten tersebut supaya lebih jelas untuk anda bayangkan.
Berbanding Honda HR-V sekarang, imej paten ini memperlihatkan rekaan baru yang lebih tajam. Antara perubahan yang bakal kita lihat ialah gril depan yang lebih menyerlah, cermin sisi di pintu, dan bumbung yang lebih landai.
Perincian lanjut mengenai trenkuasa masih belum dapat disahkan. Tetapi, kami jangkakan enjin 1.5L turbo dan enjin hibrid i-MMD. Bercakap mengenai i-MMD, kami masih nantikan pengumuman harga rasmi buat Honda City RS.
Turut dikenali sebagai 'Honda Vezel' di Jepun, Honda telah mengacah keluaran baru buat SUV segmen B ini melalui video dan risalah.
Sejak dilancar pada tahun 2015, Honda HR-V cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Saiz yang kompak cukup memudahkan dalam pemanduan harian. Pada masa yang sama, ia cukup luas dan praktikal.
Nampaknya kita perlu tunggu sehingga minggu depan untuk dapatkan perincian penuh mengenai Honda HR-V 2021 serba baru. Untuk maklumat yang terkini, ikuti kami!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}